Assalamualaikum dan salam sejahtera ..
Sebagai ummat Rasulullah,7 sunnah nabi yang patut kita jadikan ikutan adalah,
1. Bangun sebelum subuh..
2. Tidak pernah banyak makan..
3. Tidak pemarah..
4. Gemar berjalan kaki..
5. Optimis dan tidak putus asa..
6. Tidak iri hati..
7. Selalu menjaga kebersihan..
Yang pertama adalah Bangun sebelum subuh,itu yang sebaiknya...Bersiap sedia untuk solat dan buat apa yang patut ..ehe..Tetapi sekiranya anda bangun semasa subuh,itu pun ok la,tetapi amatlah melampau jika bangun SELEPAS SUBUH ..ehe..
Tetapi,andai kata anda terbangun selepas subuh,jangan jadikan alasan untuk ponteng subuh... HARAM ..berdosa besar u taw .!!
Tetapi cubalah untuk bangun,walaupun tidak seperti Rasulullah,bangyunlah untuk solat subuh kerna Allah ..
Yang kedua adalah tidak banyak makan..
Kita sekarang,tak nafi la,sekali makan,3 kali tambah,lebih lebih lagi yang bila baca je sal ni,tersenyum tanda terasa..haha..
Rasulullah makan setakat alas perut aja,mungkin sukar kita nak ikut,cuba paling kurang,jangan melampaui batas semasa makan ..
Dah kenyang,tapi tambah lagi...kesannya akan mengakibatkan obesiti ... siapa yang susah??
Cara hidup Rasulullah adalah yang terbaik jika kita mampu ikut...tapi...mampu ke?? insyAllah ..kan?
Yang ketiga adalah tidak pemarah ...ni satu sifat yang sukar kita nak cari pada kebanyakan orang pada hari ini...
Rasulullah pernah dihina,dfitnah dan sebagainya,tetapi baginda tetap COOL .. inilah peribadi Rasululah yang sukar ditandingi...Cubalah kita contohinya untuk tidak jadi PEMARAh ...cuba kalau,Ingatlah Rasulullah ...
Jadi,kalau ada orang kutuk kita,kata kita hudoh,sabar je,kata kita degil,senyum je..kalau dia cakap kita bangang...ketawa je sikit2..tapi kalau dia cakap awak hensem,cantik..belasah je..FITNAH tu ..haha (gurau2,jika dipuji,ucapkan lah 'alhamdulillah')
Yang keempat adalah berjalan kaki..gemar berjalan kaki..
Tapi sekarang,nak tengok orang jalan kaki..fuuuhhh..payah
Anak muda kat sekolah,sanggup tunggu bas 2 jam,untuk pulang kerumah yg jarak 5km..kalau jalan kaki 45 minit je untuk 7km .. Tapi amalan berjalan kaki tidak selalu diamalkan..sedangnya,ia bukan sahaja menyihatkan badan,malahan tidak membuang masa kita..
Cubalah untuk berjalan kaki petang petang,melihat keindahan ciptaan Allah ...kalau naik motor,tumpuan kita pada jalan,kalau tak,alamak nak kemalangan la tu ...kan..kan...kan...
Rasulullah berjalan kaki ke masjid,ke pasar,tak naik pun UNta .. dan setiap satu langkah perjalannan kaki ke masjid,ada dapat satu pahala,serta hilang satu dosa...UNTUNG TUHHH... jadi,amalkan jalan kaki ekk..
Yang seterusnya adalah bersikap optimis dan tidak berputus asa..
Dalam dakwah Rasulullah,sering baginda terima cabaran,kegagalan,tapi baginda bersikap tidak pernah putus asa..Dalam perjanjian hudaibiyah,baginda bersikap optimis,dan kesannya..baginda berjaya..
Begitulah sikap yang harus kita contohi..Tapi sekarang kita,sekali gagal..terus putus asa .... mana kejantanan mu ek??
Kadang kadang,ada orang tu,sekali je gagal,terus putus asa,terus balik kampung...Sedangkan kejayaan tidak datang bergolek..
Cabaran yang ditempuh Rasulullah semasa dakwah menyebarkan islam bukan mudah,diugut bunuh,diancam bunuh,kena berperang,tewas dalam peperangan,dan kematian ramai sahabat..tetapi dakwah diteruskan..
Tapi kita,,berputus asa walaupun berjuang untuk diri sendiri..citt..lemahnya kita...termasuklah kamu dan saya ..
Seterusnya adalah tidak iri hati..@dengki..sering orang kita sekarang mudah iri hati dgn kejayaan orang lain,walhal yg sepatutnya jadikan orang yang berjaya sebagai satu contoh ..
Dan Rasulullah merupakan contoh orang yang paling berjaya ..
Lihat kawan kita berjaya,jangan iri,tetapi cubalah untuk mengejar dia ..
Hasad dengki inilah yang sebenarnya meruntuhkan kita semua..
Masyarakat akan jatuh kalau saling iri hari,saling nak menjatuhkan ... sedangkan kejayaan milik semua yang berusaha ..
dan last sekali,sifat yang patut kita contohi adalah selalu jaga kebersihan..Siapa yang tidak gosok gigi hari ini?..uisshhh,,ramai...pi gosok kerna ia sunnah nabi,untuk menajgak ebersihan gigi ...
Tempat yang kotor adalah tempat setan...nak duduk bersama setan??
Jagalah kebersihan tempat tinggal anda :) juga diri anda .. :) juga kebersihan HATI anda :
Peace ..
WASALAM. ..
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)