Thursday, March 3, 2011

setan punya syaitan ... citt

Assalamualaikum dan salam benci syaitan ...

Syaitan adalah antara makhluk Allah yang engkar yakni kafir..

Syaitan ni,sememangnya dijanjikan NERAKA oleh Allah s.w.t..

Dan bila dia tahu dirinya akan ke neraka,dia tak nak sunyi do sana,

Jadi dia akan bawa seramai mungkin anak cucu Adama ke dalam sana bersama dia ..

Termasuklah kita yang menjadi mangsanya ..

Syaitan ni,tugas dia adalah menyesatkan kita,bikin kita jauh pada Allah ..

Dan dia tidak pernah putus asa,dulu,kini,dan selamanya untuk menghasut manusia kepada kesesatan ..

Dan ada 7 plan dalam "dakwah" syaitan dalam menyesatkan manusia..plan A,plan B,hinggalah plan G ... dan jarang seklai semua plannya gagal

Yang pertama,plan pertama syaitan adalah dia akan cuba mengajak mansuia berbuat syirik dan kufur.Dan jika hal ini berhasil,maka syaitan telah MENANG ..

Dia berjaya dah bawa masuk sorang lagi bersamanya ke neraka..

Yela,bila dah syirik,kalau tak bertaubat..memang confirm masuk neraka kitak an??so,terang terang,setan dah menang ..

Tetapi,plan A ni tidak selalunya berjaya walaupun untuk orang yang tidak kuat imannya,jadi jika plan A gagal,setan akan ke plan B iaitu syaitan ajak mengajak mansuia berbuat bidaah sehingga kita terjerumus kedalamnya..

Bidaah ni,syaitan akan ukir seolah olah ia bidaah yang indah dan baik2,iaitu indah di mata kita,tetapi sedar atau tidak...bidaah itu,semuanya cara syaitan untuk menyesatkan kita .Dan jika syaitan berjaya mengoda kita melakukan bidaah,dia merasa PUAS ...

Jadi,berhati hati dalam melakukan bidaah adik akak semua...jaga jaga ... mungkin ia indah di mata kita,tapi itu kerna godaan setan ..

Namun begitu,jika setan ggal untuk mengoda kita melakukan bidaah,dia akan goda kita untuk melakukan DOSA DOSA BESAR..dan antara DOSA besar yang kita tidak ambik kisah adalah berkenaan solat..

Adik kakak!!!Tinggalkan solat itu disa besar taw,jika anda tinggalkan solat,nescaya syaitan telah menang ...selain itu,dosa besar yang biasa syaitan goda kita adalah untuk melakukan maksiat dan zina..kerna itu seronok bagi manusia.. ...xde yang kata zina tu tak seronok...memang seronok,tapi dosa itu lebih menakutkan dari seronok sementar berzina ..Dosa basar lain adalah berjudi dan banyak lagi...

Jika setan GAGAL juga untuk goga kita lakukan dosa besar,syaitan akan mengjerumuskan kita untuk melakukan dosa kecil..Tapi perlu diingat,sikit sikit,lama lama jadi bukit..Jika anda kumpul dosa kecil,ia akan menjadi dosa besar kelak..Jadi,plan ni sebnarnya plan JaNGKA PANJANG syaitan la ... cerdik gak  setan i..

Dan jika gagal juga,plan setan seterusnya adalah akan menyibukkan diri kita dengan urusan dunia hingga kita lupa ibadah ...Haaaaa,ini kita mudah tergoda,dia beri kita PELUANG yang nampak kejayaan sehingga dia berjay buat kita melewatkan soalt..bagaimana..terkena pada anda???tepuk dada..tanya iman..

Dan jika plan ni gagal juga,setan akan membuaikan kita dengan perkara ibadah yang kurang penting sehingga lupa pada yang penting..

Kita sibuk cari kurma dibulan ramadan kerna ia sunnah,katanya nak afdal..afdal...tapi perkara penting seperti tegakkan hukum Allah dia tidak laksanakan,solat dia tak..nak cari kurma untuk dapat pahala sunat je..Ini cara setan taw untuk sesatkan kita..Sebaiknya,golongan yang hanya nak kejar perkara kecil sehingga melupakan perkara besar adalah tidak patut makan kurma,tapi beri je pada dia PELEPAH KURMA... lebih afdal untuk dia...hua hua hua..Jaga jaga ...

ps-tegakkan hukum Allah itu WAJIB..

Dan jika plan ini gagal juga,Syaitan akan guna cara terakhir...dan cara ni,ramai yang tertewas,sabahat,wali,ulama dan semua sekali kalah..Tapi ini cara yang paling last la setan guna....Iaitu dia akan mengarahkan tenteranya memerangi orang yang beriman ..

Jangan lupa bahawa memang ada SYAITAN dari kalangan manusia..dan mereka itulah TENTERA SYAITAN (rujuk notes ana yang lepas untuk baca "syaitan spesis manusia" ..

cittt...setan punya setan ..

Haaaa....Tapi hikmahnya..terbukalah peluang JIHAD ... ehe :)

Jadi...beringatlah ..tanggungjawab kita untuk pastikan SEMUA PLAN SETAN GAGAL .... jangan lupa,jika setan ada tentera setan,kita juga ada ALLAH untuk mmerangi mereka ... jadilah TENTERA ALLAH UNTUK MELAWAN TENTERA IBLIS !!!

Takbir !!!!

Syaitan dari spisis manusia ?

Assalamualaikum dan salam anti iblis ..



Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.(surah al an'am ayat 112)



N3 ini adalah Merujuk pada ayat ini,cuba perhatikan dan tegurlah andai ana silap..



Allah terlebih dahulu menyebut syaitan dari jenis manusia..'tiap tiap nabi itu mush dari syaitan syaitan manusia dan jin" ,maknanya,dari kalangan mansusia..ada syaitan ..(wallahualam)



Sebabnya??



Kerna syaitan dari kalangan manusia ini adalah tugasnya ialah 'mengambil tugas' syaitan dari kalangan jin untuk menyesatkan manusia...



Mereka ajak kepada kekufuran,bidaah dan maksiat..



Bagaimana syaitan dari spisis manusia ni?



Mereka adalah orang yang mengajak manusia lain ke arah dosa kecil,sehinggalah dosa besar ..wallahualam ..



Jadi,pernah kah diantara kita bertemu dengan Syaitan yang dari spisis manusia yang mengajak kita ke arah kemungkaran?



Ajak kita lakukan dosa besar mahupun dosa kecil?



Mungkin kita kadang kadang terleka dan alpa dengan bisikan syaitan dari spisis manusia itu ...



Dan adakah kita kadang kadang juga menjadi syaitan dalam menghasut mansia lain melakukan maksiat??



Jaga jagalah kita..



Jangan tergoda oleh syaitan berbentuk manusia..dan JANGANLAH MENJADI SYAITAN DARI SPISIS MANUSIA ...



Ingat mati..ingat sakit ...ingat saat kau sulit,ingat..ingat..hidup ini cuma..satu kaliiii..



wallahualam ..

Wednesday, March 2, 2011

kISAH USTAZ AZHAR ...ehe

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Penulis ingin berkongsi satu cerita yang penulis dengar dari ceramah ustaz Azhar Idrus semasa program himpit tidak lama dahulu..(ceramah itu ada online,nanti saya bagi link)

Kisahnya berkenaan orang yang memandang rendah mereka yang berjuang untuk islam,memandang rendah orang yang berdakwah.

kononnya orang yang berjuang untuk islam itu jumud dan kolot..

Padahal,realitinya,islam tidak menghalang kemajuan,bahkan ramai orang yang berjuang untuk islam hidup kaya raya dan mewah ..

Kisahnya bermula begini,tak kala ustaz minum air di sebuah warung,kelihatan 3 orang yang memakai songkok tinggi...Dibualkan oleh mereka bahawa orang yang berjuang untuk islam itu "tak rok chetong"..

Katanya,berjuang untuk islam bukan dapat wang,dapat projek...Kemudian si pemakai songkok tinggi itu pun pujilah kemajuan di zaman pemerintahan tahun 2004-2008 di Terengganu..

Tujuannya mungkin untuk sindir Ustaz tika itu..

Kemudian,dengan takdir Allah,datanglah seorang sahabat lama ustaz yang baru pulang dari 'draw wang di bank' lalu dengan selambanya ustaz itu 'cong' sahabatnya

"Eh,nanti ko ambik duit rm170 ribu bawa mari rumah aku"

maka terloponglah muka si pemakai songkok tinggi itu ..

(ustaz sekadar 'cong' {saya tak dapat cari istilah yang sesuai,ehe},kerana si pemakai songkok tinggi itu menghina pengikut ulama)

kemudian tiba masa untuk bayar bil di kedai makan itu,

Masa si pemakai songkok tinggi yang bercakap pasal projek tadi nak bayar,dia pun keluarkan wang not RM1 beberapa keping yang kedut kedut gitu..bilnya hanyalah RM6 ringgit lebih,tetapi tika itu wang not hanya hanyalah RM5 ringgit lalu dia pun keluarkan syiling untuk membayar bil tersebut..Sedangkan tadi semasa makan dia duk bercakap soal projek dan sebagainya ..

Nampak dah disitu mamat songkok tinggi tu 'mat lebong'..ehe

kemudian tiba giliran ustaz tersebut membayar bil,tika itu ustaz ada wang Not RM10,Not RM50 dan Not RM100 ,yang Not RM 100 tu sekeping je,tetapi ustaz keluarkan wang yang Not rm 100 tu..

Bila nak bayar,kira macam tak padan kerna terlalu kecil harga yang ustaz makan,kemudian ustaz berkata kepada tuan kedai

"Tolong kirakan sekali meja tu,meja tu,dan meja tu,tapi meja yang tu (merujuk kepada meja si pemakai songkok tinggi),tak payah lah"

Maka sekali lagi melopong si pemakai songkok tinggi yang bercakap besar itu tadi ..PADAN MUKA....

kemudian pergilah si pemakai songkok tinggi keluar dari warung menghampiri sebuah kereta BMW,lalu terdetik dalam hati ustaz tersebut ,

"owh,pakai BMW,patutlah bercakap besar,"

Tapi kebetulan Allah punya kuasa,ustaz pun bukan datang dengan kereta kancil,tetapi kereta sahabatnya iaitu Golf GTI yang harganya kalau yang baru RM215K .. ehe (tapi rasanya itu kereta ustaz sendiri..ehe)

Tika si pemakai songkok tinggi itu duduk di sebelah BMW tu,Ustaz agak terkesima la..maknanya kalah jugak ustaz ..

tetapi,perancangan Allah lebih mengejutkan apabila ustaz dapat tahu,si pemakai songkok tinggi tu bukan datang dengan BMW tu,tetapi dengan motor Honda Cup yang dipakir sebelah BMW tu ...

Lalu,kesimpulan ringkas terus kita leh amik,orang yang bersama Allah jangan bimbang akan rezeki kerna sebenarnya Allah telah menetapkan rezeki kita masing masing..

Yang duk cakap pasal projek dan hila pengikut ulama tu hanya tahu bercakap..Tapi realitinya ...

Kita bukanlah mahu menghina,penulis sendiri xde motor sendiri,ehe,tetapi dia hina orang yang bersama ulama..

Tapi jelasnya Allah bersama hambanya yang berjuang untuk agamanya ..

Dan benarlah JANJI Nya, "Jika kamu membantu agama Allah,Allah akan membantu meneguhkan kedudukanmu" Allahuakbar!! ..

Dengar ceramah tersebut dengan lebih jelas di link ini  mms://webtv.terengganukini.net/ceramah/2011/110211/santai.wmv

Ikuti 7 sunnah Rasulullah ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Sebagai ummat Rasulullah,7 sunnah nabi yang patut kita jadikan ikutan adalah,

1. Bangun sebelum subuh..
2. Tidak pernah banyak makan..
3. Tidak pemarah..
4. Gemar berjalan kaki..
5. Optimis dan tidak putus asa..
6. Tidak iri hati..
7. Selalu menjaga kebersihan..

Yang pertama adalah Bangun sebelum subuh,itu yang sebaiknya...Bersiap sedia untuk solat dan buat apa yang patut ..ehe..Tetapi sekiranya anda bangun semasa subuh,itu pun ok la,tetapi amatlah melampau jika bangun SELEPAS SUBUH ..ehe..

Tetapi,andai kata anda terbangun selepas subuh,jangan jadikan alasan untuk ponteng subuh... HARAM ..berdosa besar u taw .!! 

Tetapi cubalah untuk bangun,walaupun tidak seperti Rasulullah,bangyunlah untuk solat subuh kerna Allah ..

Yang kedua adalah tidak banyak makan..

Kita sekarang,tak nafi la,sekali makan,3 kali tambah,lebih lebih lagi yang bila baca je sal ni,tersenyum tanda terasa..haha..

Rasulullah makan setakat alas perut aja,mungkin sukar kita nak ikut,cuba paling kurang,jangan melampaui batas semasa makan ..

Dah kenyang,tapi tambah lagi...kesannya akan mengakibatkan obesiti ... siapa yang susah??

Cara hidup Rasulullah adalah yang terbaik jika kita mampu ikut...tapi...mampu ke?? insyAllah ..kan?

Yang ketiga adalah tidak pemarah ...ni satu sifat yang sukar kita nak cari pada kebanyakan orang pada hari ini...

Rasulullah pernah dihina,dfitnah dan sebagainya,tetapi baginda tetap COOL .. inilah peribadi Rasululah yang sukar ditandingi...Cubalah kita contohinya untuk tidak jadi PEMARAh ...cuba kalau,Ingatlah Rasulullah ...

Jadi,kalau ada orang kutuk kita,kata kita hudoh,sabar je,kata kita degil,senyum je..kalau dia cakap kita bangang...ketawa je sikit2..tapi kalau dia cakap awak hensem,cantik..belasah je..FITNAH tu ..haha (gurau2,jika dipuji,ucapkan lah 'alhamdulillah')

Yang keempat adalah berjalan kaki..gemar berjalan kaki..

Tapi sekarang,nak tengok orang jalan kaki..fuuuhhh..payah

Anak muda kat sekolah,sanggup tunggu bas 2 jam,untuk pulang kerumah yg jarak 5km..kalau jalan kaki 45 minit je untuk 7km .. Tapi amalan berjalan kaki tidak selalu diamalkan..sedangnya,ia bukan sahaja menyihatkan badan,malahan tidak membuang masa kita..

Cubalah untuk berjalan kaki petang petang,melihat keindahan ciptaan Allah ...kalau naik motor,tumpuan kita pada jalan,kalau tak,alamak nak kemalangan la tu ...kan..kan...kan...

Rasulullah berjalan kaki ke masjid,ke pasar,tak naik pun UNta .. dan setiap satu langkah perjalannan kaki ke masjid,ada dapat satu pahala,serta hilang satu dosa...UNTUNG TUHHH... jadi,amalkan jalan kaki ekk..

Yang seterusnya adalah bersikap optimis dan tidak berputus asa..
Dalam dakwah Rasulullah,sering baginda terima cabaran,kegagalan,tapi baginda bersikap tidak pernah putus asa..Dalam perjanjian hudaibiyah,baginda bersikap optimis,dan kesannya..baginda berjaya..

Begitulah sikap yang harus kita contohi..Tapi sekarang kita,sekali gagal..terus putus asa .... mana kejantanan mu ek??

Kadang kadang,ada orang tu,sekali je gagal,terus putus asa,terus balik kampung...Sedangkan kejayaan tidak datang bergolek..

Cabaran yang ditempuh Rasulullah semasa dakwah menyebarkan islam bukan mudah,diugut bunuh,diancam bunuh,kena berperang,tewas dalam peperangan,dan kematian ramai sahabat..tetapi dakwah diteruskan..

Tapi kita,,berputus asa walaupun berjuang untuk diri sendiri..citt..lemahnya kita...termasuklah kamu dan saya ..

Seterusnya adalah tidak iri hati..@dengki..sering orang kita sekarang mudah iri hati dgn kejayaan orang lain,walhal yg sepatutnya jadikan orang yang berjaya sebagai satu contoh ..

Dan Rasulullah merupakan contoh orang yang paling berjaya ..

Lihat kawan kita berjaya,jangan iri,tetapi cubalah untuk mengejar dia ..

Hasad dengki inilah yang sebenarnya meruntuhkan kita semua..

Masyarakat akan jatuh kalau saling iri hari,saling nak menjatuhkan ... sedangkan kejayaan milik semua yang berusaha ..

dan last sekali,sifat yang patut kita contohi adalah selalu jaga kebersihan..Siapa yang tidak gosok gigi hari ini?..uisshhh,,ramai...pi gosok kerna ia sunnah nabi,untuk menajgak ebersihan gigi ...

Tempat yang kotor adalah tempat setan...nak duduk bersama setan??

Jagalah kebersihan tempat tinggal anda :) juga diri anda .. :) juga kebersihan HATI anda :

Peace ..

WASALAM. ..