Monday, September 15, 2014

Jamak sebab Hujan..

Jamak dari sudut bahasa maksudnya himpun , manakala dari sudut istilah , jamak bermaksud menghimpunkan 2 solat iaitu Zuhur dan asar, Maghrib dan isya' dalam satu waktu samada dahulukan yang awal dahulu (jamak takdim) atau dahulukan yang selepasnya (jamak takhir)

Ramai dalam kalangan umat islam Malaysia , jika disebut jamak , maka mereka memikirkan Qasar yang dilakukan saat musafir ibarat keduanya tidak boleh berpisah.

Qasar adalah kelonggaran memendekkan solat yang 4 rakaat kepada 2, dan KHAS untuk yang bermusafir sahaja,namun untuk jamak , perlu diketahui , masih ada alasan lain yang membolehkan kita melaksanakannya dan diantaranya adalah kerana hujan..

Sebagaimana ada syarat untuk melakukan solat jamak Qasar saat bermusafir,maka untuk melakukan solat jamak kerana hujan,juga punyai syarat syarat tertentu iaitu;

1.Solat jamak sebab hujan hendaklah dilakukan di MASJID sahaja, adapun jika solat bersendirian di rumah adalah tidak dibenarkan.

2.Jamak yang dibenarkan adalah jamak Takdim sahaja (Solat zuhur dijamakkan dgn asar atau Maghrib dijamakkan dengan isya')

3.Hujan yang turun tidak berhenti sehingga jemaah selesai solat.

4.Hujan yang lebat/boleh membasahkan baju.

Dalil kepada perlaksanaan jamak ketika hujan adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan Ibnu Abbas , "Nabi Muhammad melakukan jamak solat antara solat zuhur dan asar dan antara maghrib dan isya' bukan disebabkan ketakutan dan hujan" - (Bukhari dan Muslim),

Apabila berlaku perselisihan dalam kalangan ulama dalam menafsir hadis ini, Imam Muhammad Bin Idris dan ulama ulama yang mengikuti ijtihad , berpendapat kerana Ibnu Abbas menyebut Nabi Muhammad melakukan solat (jamak) bukan sebab hujan atau takut,maknanya bila hujan maka solat (jamak( dapat dilakukan..

Dalam keadaan musim hujan yang melanda tempat kita sekarang , jadi aku fikir pengetahuan ini wajar dikongsikan agar umat islam mendapat keringanan dari rahmat dan kemurahan Allah.. Selamat mempraktikan ..



Saturday, July 26, 2014

Umar yang garang

Umar bimbang orang takut pada dia, sebab dia garang, dia bekeng..

Masa dia muda lagipun,Umar digeruni dan ditakuti ramai orang,

Bila dia jadi khalifah,ramai orang takut,sehingga dia gunting rambut,dia batuk, tukang gunting rambut tertikam tangan sendiri.. Hingga Umar bayar ganti rugi pada tukang gunting rambut ni

Satu kisah Umar panggil seorang perempuan mengandung jumpa dia, dalam perjalanan tu,gugur kandungan perempuan itu,takutnya dia pada Umar..

Sehingga sahabat duk bincang camne nak settle hal ni, lepas bincang,sahabat pun takut nak beritahu hasil perbincangan,akhirnya,sahabat rapat Umar, Abdul Rahman Bin Auf pergilah jumpa Umar,

Dan bila jumpa, Abdul Rahman cakap "Wahai Umar,rakyat takut kat engko"

Umar menangis, Umar beritahu "aku cuba nak lembut, aku sendiri rasa aku keras,aku cuba lembut supaya tak keras,sehingga aku rasa aku bersalah pada Allah kerana aku membiarkan banyak perkara, kadang kadang aku buat keras balik,sehingga aku rasa Allah akan hukum aku kerana aku keras sangat"

Abdul Rahman menangis,lalu dia berkata 'Wahai Umar,CELAKAlah orang selepas engkau, bagaimana mereka nak tadbir sebagaimana engkau,engkau begitu ambil berat sehingga semua benda engkau fikir,bila kau tiada,siapalah akan jaga umat islam seperti Kau"

Aina Anta Ya Umar.... T_T


Thursday, July 24, 2014

Kisah Ibnu Abbas

Satu ketika, Ibnu Abbas turut serta dalam satu majlis ilmu yang dihadiri org dewasa (beliau kanak kanak ketika itu) , lalu orang dewasa seakan tertanya kenapa si kecil ini turut berada dalam majlis ini , lalu Umar memanggil Ibnu Abbas dan para sahabat dan bertanya,

"Apakah yang kalian faham dengan firman Allah: "Apabila telah datang kemenangan dan pertolongan dari Allah?"

Seorang sahabat menjawab,

"Kami diperintah untuk memuji dan memohon ampunan kepada Allah bila kita mendapat pertolongan dan kemenangan"

Sahabat yang lain hanya terdiam,lalu Umar mengajukan soalan yang sama kepada Ibnu Abbas, apa yang beliau faham tentang ayat tersebut,

"Itu adalah saat kewafatan Rasulullah Saw yang diberitahukan oleh Allah kepadanya."
Beberapa bulan kemudian, wafatlah baginda Rasulullah s.a.w..

Monday, July 21, 2014

Al-Hajj 22:40

"Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa"

(Al-Hajj 22:40)
Cuba untuk fahami ayat pd bahagian,

"Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya"

Aku cuba tadabbur maksud ayat ini,

Allah telah menciptakan dalam dunia ini orang baik, dan orang jahat, dan keseimbangan itu perlu ada.. Dan orang yang baik ini,hendaklah melawan org2 yang jahat kerana itu adalah tanggungjawab mereka.
Jika kita gagal untuk menentang kejahatan,maka Allah akan hancurkan gereja2,tempat sembahyang org yahudi dan MASJID yang di dalamnya terdapat org berzikir..

Berzikir tapi tidak melawan kebatilan?

Aku ingat satu kata2 dari Syed Qutb,beliau sebut,

"Kalau kamu melihat ada kezaliman di sesuatu tempat, tapi kamu tidak melihat satu pun usaha (dengan apa cara sekalipun) untuk menentangnya, maka yakinlah tidak ada Islam disitu..

Itu sebab kita pelik ada org habiskan masa dengan bernasyid memuji Allah memuji nabi,tapi tengok kezaliman,tengok maksiat mereka tutup mata.. Mereka sibuk mengatakan beruntunglah ada nabi, sehingga melalaikan org dari menentang kebatilan..

Apakah mereka tidak membaca quran.. ?

Belajar dari kisah Arab Badwi kencing di Masjid..

“Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu berdiri untuk kencing di masjid. Para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengertaknya, tetapi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Janganlah kamu memutuskannya, biarkan dia selesai kencing terlebih dahulu.” Maka mereka (para sahabat) membiarkan orang tersebut sehingga dia selesai kencing. Setelah itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menasihatinya, “Sesungguhnya masjid ini tidak boleh digunakan untuk kencing dan kekotoran, masjid adalah tempat untuk zikir, solat, dan membaca al-Qur’an.” Atau sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang sesuai. Setelah itu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan seseorang untuk mengambil satu baldi air dan menyiramnya.”

Kisah dalam hadis diatas, mungkin hampir sama dengan situasi seorang pelancong Korea memakai baju yang bergambarkan ayat Quran, ia bukanlah dilakukan dengan sengaja sebaliknya kerana ketidaktahuan/kejahilan dia sendiri.

Kita hendak melaksanakan "amar maaruf nahi mungkar" , tapi gagal untuk mencontohi kebijaksanaan dan akhlak Rasulullah dalam berhadapan orang jahil, kencing di perkarangan masjid satu sikap yang biadap namun cara menanganinya bukanlah dengan bersikap biadap juga.. Apatah lagi ia kerana kejahilan mereka,bukan kerana sikap memusuhi islam.

Ketidaksabaran dalam berdepan dengan maksiat akan membawa fitnah kepada Islam itu sendiri..

Friday, July 18, 2014

Kisah Nuaiman - Sahabat yang lucu III

Ada pula kisah Nu'aiman pada zaman Khalifah Uthman bin Affan. Seorang buta iaitu Makhrumah bin Naufal yang berusia 115 tahun sedang berehat di masjid kemudian beliau rasa mahu kencing,lalu dia bertanya kepada orang yang berada di dalam masjid yang boleh bantu beliau ke tandas..Lalu Nuaiman bangun untuk bantu orang tua tersebut..

Malangnya Nuaiman tidak membawa Makhrumah itu ke tandas sebaliknya ke dalam masjid, lalu Nuaiman berkata,kencinglah disini tandas,lalu org buta itu berdiri di masjid untuk kencing.Melihat perkara itu Para sahabat berteriak, "masjid, masjid!"

Lalu Makhrumah berkata, "Celaka kamu!" Siapakah yang membawaku ke tempat ini? Mereka menjawab, "Nu'aiman!"

Makhrumah berkata, "Sungguh jika aku beruntung, aku akan pukulnya dengan tongkatku!"

Masa berlalu,Makhrumah kelihatan sudah melupai akan tindakan Nuaiman terhadapnya,satu hari , Nu'aiman datang semula kepada Makhrumah. Kali ini Nu'aiman membuat suara lain, agar Makhrumah tidak cam bahawa itu adalah Nu'aiman.

Nu'aiman bertanya kepada Makhrumah, "Apakah kamu inginkan Nu'aiman?" Makhrumah mengiyakannya, lantas Nu'aiman membawa orang buta tersebut kepada Saidina Uthman (Khalifah islam ketika itu) yang sedang solat dalam masjid. Nu'aiman berkata, "Di depan mu itu adalah Nu'aiman." Makhrumah pun terus memukul orang yang disangkanya Nu'aiman, tetapi rupa-rupanya adalah Khalifah Utsman bin Affan.

Sahabat-sahabat berteriak, "Kamu telah memukul Amirul Mukminin!" Maka sekali lagi Makhrumah dikenakan Nuaiman, namun Khalifah tidak marah kerana menurutnya, nabi dahulu juga tidak pernah marah kepada Nuaiman dan beliau juga ahli Badar..

Thursday, July 17, 2014

Kisah Nuaiman - Sahabat yang lucu II :

Selalunya Nu'aiman yang memperkenakan orang lain, tetapi ada satu kisah dimana Nu'aiman telah dikenakan oleh sahabat karibnya,Suwaibit.

Suwaibit dan Nu’aiman adalah dua orang sahabat Baginda s.a.w yang kerap membuatkan Baginda s.a.w tertawa dengan kelakuan mereka yang melucukan.

Satu ketika kedua-dua sahabat ini pergi mengikuti Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a berniaga di Busra. Ketika itu, Nu’aiman membawa bekalan makanan. Lalu Suwaibit menyuruh Nu’aiman memberikan bekalan tersebut kepadanya untuk dimakan.

Nu’aiman memberitahunya bahawa dia akan mengeluarkan bekalan tersebut apabila Saidina Abu Bakar sampai kepada mereka. Suwaibit agak tidak puas hati disitu 

Ketika itu, ada sekumpulan manusia datang berhampiran mereka. Suwaibit mengambil kesempatan dengan bertanya kepada mereka,

“adakah kamu hendak membeli hamba (Nu’aiman) daripadaku?”

Lalu kumpulan tersebut bersetuju untuk membeli hamba daripada Suwaibit, dan dia telah berpesan bahawa hambanya akan berkata,

“saya merdeka”.

Oleh itu, apabila dia berkata demikian, jangan peduli dan biarkan dia.

Lalu mereka membeli "hamba" Suwaibit itu dengan seekor unta muda. Suwaibit pun mengalungkan tali unta tersebut ke leher Nu’aiman. Lalu mereka pergi dengan membawa Nu’aiman dengan tali unta tersebut.

Nu’aiman segera berkata kepada mereka,

"aku adalah seorang merdeka, dan bukannya hamba."

Setelah itu, Suwaibit kembali menemui kumpulannya dan menceritakan hal tersebut kepada Saidina Abu Bakar.

Lalu Saidina Abu Bakar menyuruh Suwaibit mengembalikan semula unta muda tersebut kepada sekumpulan manusia tersebut. Apabila cerita ini disampaikan kepada Nabi s.a.w, baginda tertawa kerana kelucuannya. Dan kisah ini menyebabkan Rasulullah S.a.w dan para sahabat tersenyum apabila diungkitkan tentang kisah ini selama setahun