Monday, July 29, 2013

Kisah Islamnya seorang model Russia.. Masya Alalykina


Masha Alalykina adalah nama yang terkenal di Rusia . Beliau adalah seorang artis yang menarik dan model. Kemasyhuran beliau mencapai kemuncaknya dan kumpulan muzik dia - Fabric - agunya berada di carta teratas..

Masha, seorang pelakon, menari, dan penyanyi, kini memakai tudung dan kuat berdakwah.

 
Berikut adalah terjemahan daripada temu bual dengan artis ini Islam di laman islam.ru


Wartawan: Bagaimana anda melepaskan semua kerjaya anda dan menerima Islam?


Masha: Dengan rahmat Allah (SWT) saya mengambil satu langkah ke arah-Nya (swt). Ini adalah kehendak Allah (swt).


Wartawan: Semasa anda seorang penyanyi,adakah anda terfikir untuk memeluk islam?


Masha: Tidak..sama sekali tidak pernah terlindas dalam hati saya untuk memeluk islam,menunaikan haji dan meminum air zam zam (yg disifatkan air yang paling sedap)


 

Wartawan: Apakah yang menyebabkan anda memeluk islam? 
Masha: Saya memeluk Islam dua tahun lalu.Ketika Saya sedang membaca,saya mendapat tahu bahawa salah satu daripada rakan-rakan rapat saya telah koma jauh dari tempat saya. Saya tidak tahu bagaimana saya boleh membantu kawan saya. Pada hari itu, buat pertama kalinya, saya berdoa dan membuat doa meminta Tuhan untuk pertolongan. 
Pada keesokan harinya rakan saya yang koma sebelum ini menalifon  saya dan berkata: "Saya melihat anda apabila saya tidak sedarkan diri dan anda banyak membantu saya." Saya menangis banyak pada ketika itu kerana ia adalah kali pertama dalam hidup saya bahawa saya mahukan sesuatu daripada Tuhan. 

Wartawan: Apa yang anda lakukan sekarang? 

Masha: Saya tahu 5 bahasa eropah dan mengajar di universiti. Saya juga menulis beberapa lagu-lagu keislaman.. 

Wartawan  Adakah anda mendengar muzik juga? 

Masha: Ya, saya mendengar Rayhan, Sami Yusuf, dan Cat Stevens (yang menukar namanya kepada Yusuf Islam selepas beliau menjadi Muslim). 

Wartawan: Adakah anda tahu perkara-perkara dari Al-Quran? Adakah anda bersedia untuk menambah bahasa Arab selepas lima bahasa Eropah yang anda tahu? 

Masha: Pada mulanya saya fikir ia adalah sukar untuk belajar bahasa Arab. Tetapi saya telah mula dan menyukainya. Saya rasa ia adalah kunci kepada pembelajaran. 

Wartawan: Kenapa anda fikir orang lebih berminat dalam Islam berbanding agama-agama lain? Dan, mengapa anda berfikir banyak orang yang menjadi Muslim terlibat dengan konsert dan nyanyian? 

Masha: Islam mempunyai asas yang kuat berbanding dengan agama lain. Semua kaedah-kaedah Islam boleh digunakan dalam kehidupan dan jalan Islam adalah jalan menuju kejayaan 

Wartawan: Apa perasaan anda menjadi seorang muslim? 

Masha: Saya rasa diberkati. Saya kini mempunyai peluang untuk membandingkan apa yang saya rasa sebelum ini dan apa yang saya rasa sekarang. Saya kini telah menjadi biasa dengan kehidupan sebenar dan oleh sebab itu aku berjaya. 

Wartawan: Bagaimana anda berbeza daripada sebelum ini? 

Masha: Satu kepercayaan kepada Allah (swt) telah mengubah hidup saya. Keinginan untuk beriman kepada Allah (swt) dalam hati semua orang. Saya tidak percaya bahawa Allah (swt) memberikan manusia akal supaya kita hidup, makan, tidur, dan mati. Allah (swt) memberi peluang kepada kita untuk hidup dalam cara yang kita akan mencapai Allah (swt). 

Wartawan: Anda telah meninggalkan kemewahan dan wang,adakah anda menyesal?
 


Masha: Wang tidak bernilai kepada saya selepas saya menjadi Muslim. Saya tidak menyukai mereka. 

Wartawan: Adakah anda tidak takut untuk menunjukkan secara terbuka diri anda sebagai seorang Muslim? 

Masha: Tudak,bahkan sebenarnya ia adalah sebaliknya, saya rasa saya mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan dan menjadi tauladan untuk mereka. 

Wartawan: Adakah anda kecewa bahawa gambar anda sebelum ini berada di internet?  

Masha: Saya tidak suka melihat gambar-gambar saya. Tetapi, tidak ada masalah bagi orang ramai untuk melihatnya dan belajar daripadanya Mereka harus tahu bahawa seseorang itu boleh dilahirkan semula dan bermula semula dari awal. Seseorang boleh bertaubat dan membersihkan diri semua kekotoran daripada mereka yang lalu dengan melakukan amal-amal soleh, insyaAllah. 

Wartawan: Apa yang anda boleh katakan tentang Islam kepada orang lain? 
Masha: Islam mengatakan bahawa jika anda tidak dapat berfikir tentang Allah (swt) sekurang-kurangnya cuba untuk membersihkan diri daripada sifat-sifat buruk - sifat buruk seperti cinta diri, keangkuhan, iri hati, penindasan, penipuan, memuji diri sendiri, dan bangga dengan diri sendiri. Jika seseorang mahu mengambil satu langkah ke arah Islam yang mereka perlu lakukan ialah berfikir dan mendapatkan bantuan daripada hati nurani mereka. 

Wartawan: Apakah mesej yang anda ada untuk umat Islam? 

Masha: Saya berharap bahawa beramal soleh adik-beradik saya akan diterima oleh Allah dan saya berdoa bahawa Dia mempunyai rahmat kepada keluarga mereka. 

Wartawan: Dan bagi orang bukan Islam? 

Masha: Saya berharap untuk orang-orang yang masih belum memeluk Islam ,berfikirlahi dan nilaikan sampah yang diberikan kepada mereka selama ini..

PS-Admin menterjemah menggunakan google translate dan perbaiki apa yang patut.. Jika rasa tidak menepati bahasa yang betul,boleh rujuk laman berbahasa inggeris untuk membacanya sendiri..

Monday, July 15, 2013

Bodoh dan gila dan bodoh dan gila..

Ketika umurnya 12 tahun,beliau telah dinobatkan sebagai juara Qari Quran peringkat antarabangsa,dan ketika usianya 15 tahun,beliau diberi amanah untuk membaca khutbah di masjid besar di tempatnya..

Disebabkan oleh itu,beliau dihormati oleh semua jirannya,dan orang kampung serta daerahnya..

Satu hari,ada seorang mak cik dari kampungnya yang berjumpa dengannya dan ingin meminta bantuannya.

Menurut mak cik itu,anaknya sakit dan dia mahu si ustaz tadi untuk membuat satu tangkal pelindung@azimat kepada anaknya untuk menyembuhkan penyakitnya .

Ustaz itu berfikir sejenak,tidak lama kemudian dia bersetuju ..

Dia menyuruh mak cik itu datang ke rumahnya pada keesokkan harinya..

Ibu kepada ustaz itu yang mengetahui tindakan anaknya bersetuju untuk membuat tangkal pelindung kepada mak cik tu terus memarahinya,dan membebel kepadanya..

Namun ustaz tadi tetap meneruskan apa yang dibuatnya ..

Pada keesokkannya(hari ahad),mak cik tu datang,dan berjumpa dengannya..

Lalu dia menyerahkan dua tangkal dan berpesan satu tangkal ini harus dipakai pada jam 2 pagi,hari isnin,sebelum itu anak ini mesti dimandikan dahulu.

Kemudian,selepas seminggu,pada hari isnin yang berikutnya harus tukar tangkal satu lagi pada jam 3 pagi ..

dan harus datang semula berjumpa beliau pada hari jumaat dua minggu dari hari itu ..

Lalu mak cik itu pun ikut je arahan ustaz tadi..

Mak kepada ustaz ni membebel dan memarahinya sepanjang dua minggu,dan dia hanya menjawab "mak tunggu saja"

Cukup 2 minggu,dan kedua dua tanggal digunakan,pada hari jumaat,dia datang dan beritahu ustaz itu bahawa anaknya sudah sembuh dan tanggal itu amat mujarab..

Lalu ustaz tersebut menyuruh mak cik tersebut membuka kedua dua tanggal itu yang menurutnya terdapat "ayat jampi" nya ..

Ibu kepada ustaz turut sama disitu ..

Lalu dibuka tanggal pertama,ia tertulis ,

"kamu bodoh kamu bodoh kamu bodoh kamu bodoh kamu bodoh kamu bodoh"

dan di tanggal kedua tertulis

"kamu gila kamu gila kamu gila kamu gila"

Maka malu dan merah padam mak cik tersebut ..

Niat si ustaz itu bukanlah untuk memalukan mak cik tersebut ..

Tetapi untuk mengajar nya bahawa amalan khurafat,percaya kepada tanggal dan azimat itu adalah kerja orang bodoh dan gila sahaja..

Allahlah yang maha berkuasa dalam SEGALA SESUATU..BUKAN LAH TANGkAL ATAU APA APA AZIMAT ...MOHONLAH PADA ALLAH :)

Wednesday, June 12, 2013

Merokok biar bertempat..

Hujung minggu lalu aku mengikuti trip ke Cameron Highland , dan berpeluang ke Ladang Teh BOH .. Udaranya segar dan nyaman , seperti biasa aku lebih suka asingkan diri dari yang lain , memerhati keindahan alam bersendirian, memerhati juga telatah manusia, si anak yang berlari , si ibu yang sibuk membeli , si ayah pening perlu membayar.

Kemudian aku dihampiri 2 lelaki melayu , lingkungan 20an , dan ditangan mereka punya rokok , aku melihat disebelah mereka seorang pelancong asing wanita bersama anak kecilnya dalam kereta tolak bayi.. Melihatkan pemuda itu merokok,wanita tersebut pandang dengan penuh kebencian , lihat pada matanya dia memandang rendah lelaki tersebut.

Entah kenapa aku rasa malu,mungkin itu bangsaku,diperhati seorang bangsa asing dengan kehinaan , lalu aku mendekati mereka , dan katakan :

"Bro,rasanya ini kawasan larangan merokok,ada tertulis tu" , dan aku jelingkan mata tunjuk ada orang luar sedang memerhatikan ,Aku mharapkan cukuplah mereka memalukan bangsaku,mungkin teguran akan menyedarkan mereka, tapi apa jawab mereka?

"Ehh,tadi aku ada lihat orang isap rokok belakang nuu" , sambil terus menyedut gas beracun itu serta hembuskan pd udara yang segar asalnya 

Entah kenapa sikap sopan ala kucing ku hilang lantas terkeluar perkataan yang biasa disebut negeriku dalam hati "babi natang ni,celaka bodo" .. aku fikir tiada guna terus menegurnya ,lantas memalingkan diri.. Melihat pelancong itu dia gelengkan kepala.. aku menjauhi mereka.

Berbalik kepada persoalan merokok , hukumnya,ada yang kata haram dan sebilangan kecil kata makhruh.. namun bagiku hujah yang haram lebih kuat berbanding harus .. Namun penilaian itu biarlah dibuat bedasarkan ilmu masing masing .. akhir kalam ingin aku kongsikan satu hadis nabi yang berbunyi :

"Yg halal itu sudah jelas dan yang haram itu sudah jelas,namun diantara keduanya ada beberapa perkara yg belum jelas (syubhah) , byk org yg tidak tahu apakah ia sebenarnya halal atau haram , maka siapa yg mjauhinya ,demi untuk mbersihkan dirinya dan kehormatannya,maka dia akan SELAMAT, dan barangsiapa yang mencubanya dengan sedikit,dia hampir akan jatuh ke dalam haram"


(B,M,T)

Tuesday, June 11, 2013

Dr. Ali Shariati : Tokoh reformis Iran

Keinginan utk aku terus mengkaji tentang sosialis hari ini membawa aku kepada seorang tokoh sosialis islam (syiah) yang masyur dan dikatakan menjadi punca kepada meledaknya revolusi iran untuk menjatuhkan Shah Iran, Dr.Ali Shariati..

Sebelum aku berkongsi sedikit berkenaan idea beliau , diingatkan walaupun aku setuju dengan beberapa idea idea beliau dan terkagum dengan beberapa 'qoute' beliau , tapi tidak bermakna aku menerima akidah syiah bahkan berpegang bahawa 'mazhab syiah' adalah selamanya sesat,sama seperti yakinnya aku dengan agama lain selain islam.

Membaca karya beliau perlukan keterbukaan dan perlu tahu untuk membuang perkara yang salah dari diresapi hati kita..

Dr.Shariati kerap mengkritik ulama tradisional syiah (mungkin boleh diguna pakai untuk sebahagian ulama sunni juga) iaitu sikap yg cuba mendapatkan ketaatan membabi buta dari pengikut mereka (taksub), tunduk pada pemerintahan yg zalim , enggan melihat ke depan dan selalu berkhayal dgn 'zaman kegemilangan' ..

Bagi Dr.Shariti , ulama tidak sewajarnya hanya mengatakan mereka mengambil berat terhadap golongan miskin dan tertindas , kerana pemerintah yang korup dan zalim juga berkata sedemikian , islam sebenar lebih dari 'mengambil berat', ia mengarahkan seorang mukmin untuk perjuangkan keadilan,menolak penipuan, dan menghapuskan kemiskinan.

Sebab itu Shariati kerap kali menekankan bahawa kebangkitan islam itu tidak akan dipimpin oleh golongan ulama sebaliknya oleh cendekiawan progresif. Islam akan ditegakkan oleh golongan pemikir berbanding ulama traditional , dalam satu pidato beliau yang bertajuk "Agama Melawan Agama" , Dr.Shariati mendakwa di zaman moden , kaum cendekiawanlah yang memainkan peranan untuk menafsirkan agama yang sebenar.

Beliau juga menyebut dalam buku beliau bahawa walaupun ulama menguasai ilmu pengetahuan dalam buku,tetapi islam yang sebenar dimiliki oleh Abu Dzar , para mujahidin dan revolusioner.

Shariati digelar pembawa marxisme islam , namun sesetengah orang melihat beliau anti marxisme , sangat pertentangan pandangan yang ada namun jika dikaji pemikiran beliau , Dr.Ali Shariati menyifatkan marxisme punyai 3 aliran iaitu Marxisme muda , marxisme dewasa dan marxisme tua , beliau menentang yang muda iaitu marxisme tidak bertuhan dan aliran ketiga iaitu marxisme tua iaitu lebih kepada seorg ahli politik yg suka membuat ramalan yang mungkin perlu dari segi politik tapi tidak yakin berasaskan teori atau ilmu sosialnya.

Aliran kedua Marxisme adalah seorg ahli sains sosial yang mendedahkan kepincangan golongan pemerintah,pentingnya pengaruh sejarah dan kebudayaan pada sesuatu bangsa.

Kesimpulan awal yang aku boleh buat berdasarkan pemikiran Dr.Ali Shariati adalah beliau seorang tokoh perubahan yang menentang kejumudan , menolak ketaksuban , dan berjuang bukan dengan khayalan teori sebaliknya menyeru kepada perubahan yang total , menolak segala maksiat dan ketaatan yang membabi buta kepada pemerintah dan ulama tradisional.

idea beliau mungkin boleh diterima,dan mungkin tidak boleh diterima.. Tapi alangkah baiknya jika semua berlapang dada ..

Islam dan sosialisme..

Sejak isu pertindihan kerusi dulu aku agk tertanya tanya soal sosialisme .. 'menatang' apakah itu sosialis  .. memang aku pernah dengar dan sekadar tahu ia idealogi ciptaan manusia yg bertentangan dengan islam .. namun lepas isu haji hadi dan PSM ni , aku teringin ambil tahu , beberapa kali aku ke library untuk cari buku yang berkaitan sosialisme.. Beberapa kali aku jumpa buku namun hasilnya, sama seperti yang aku sedia tahu iaitu ia bertentangan dengan islam .. Aku kemudian tutup buku (berhenti mengkaji) .. Mungkin betul lah kot... bertentangan dengan islam..

Namun mungkin takdir , atau sememangnya ketetapan untuk aku terjumpa satu buku berwarna "pink" dalam library selepas bersembunyi di sebalik rak buku sambil menikmati kesejukan ‘aircond’ pagi tadi , tajuknya "Islam dan Sosialisme" , yang dikarang oleh 4 orang tokoh dimana salah satu tokohnya adalah ikon untuk aku sendiri iaitu Dr. Burhanuddin Al Helmi ,Bekas Yang Dipertua PAS..

Ia sedikit sebanyak mengubah beberapa tanggapan aku.. Dan antara isi menarik aku masih ingat adalah adalah hujah salah seorang penulis iaitu beliau mjawab bilamana didakwa sosialisme adalah idealogi ciptaan manusia maka ia haram , maka dijawab penulis itu sejak bila islam mharamkan sesuatu yang dari ciptaan manusia selagi mana ia tidak bercanggah dengan ajaran islam?

Ditulis beberapa ciri ciri sosialisme seperti sosialisme menitik beratkan keperluan manusia, jadi alat produksi bahan keperluan perlu dimiliki negara atau syarikat kerjasama dan tidak boleh pd org perseorangan , negara perlu wujudkan undang2 agr pengagihan barang keperluan mestilah scra adil , mereka mahu hapuskan kapitalisme dan melawan ketidakadilan.. Sosialisme juga berpendapat bagi manusia yg sihat perlu bekerja dan mereka perjuangkan kaum yang tertindas (mustadhafir) dan banyak lagi yg selari dengan islam .
Dibincangkan juga bahawa sosialis yang haram itu adalah sosialis yang tidak bertuhan , ciptaan Karl Mark namun sosialis yg bela keadilan utk rakyat itu berlainan dari yang tidak bertuhan itu .. Perlu diingatkan , perkataan sosialis dan sosialisme telah terbit 15 tahun sebelum Karl Mark lahir iaitu pada thn 1803 di Itali.. Yang menjadi keutamaan adalah konsep sosialisme itu sendiri.

Banyak kisah kisah sahabat nabi yang diberikan yang ada relation dengan sosialisme..

Aku tidak sempat membaca sehingga ke muka surat terakhir buku itu memandangkan kesuntukan masa, insyAllah esok akan sambung ke bab pertama.. (sehingga tadi sebanyak 14 muka surat adalah kata penghantar oleh keempat orang pengarang).. Mungkin perkongsian yg lebih menarik selepas selesai semuanya bagi yang berminat untuk mengetahui tentang sosialisme ini ..

Aku bukan pertahankan sosialisme .. Sehingga sekarang aku masih mkaji , soal baik dan buruk sosialisme , setakat hari ini aku kongsikan beberapa sudut positif mereka .. Namun jika ada negatif , itu bukan pelik kerana ia bukan dari tuhan.. Satu lagi quote yg aku rasa menarik dari buku tersebut adalah “Barang siapa yang mengetepikan atau mengkritik buku ihya ‘Ulum al Din karya imam al Ghazali tanpa memahaminya adalah bebal dan siapa yang mengatakan kitab itu sempurna, dia juga bebal” kerana tiada buku dan kitab yang sempurna melainkan al Quran. Dari dari masa ke masa kita perlu memperbaiki ketidaksempurnaan ini dan tidak seharusnya menolak usaha untuk menambah baik ini kerana ia bercanggah dengan ajaran islam.
Sebenarnya banyak maklumat yang aku peroleh hasil dari kata aluan empat tokoh ini, 14 muka surat pertama yang sangat mahal harganya namun ku lihat kali terakhir buku ini dipinjam adalah pada awal tahun 2009.. Sayang mereka tidak mhargainya..

Ohh .. Perkongsian terakhir tentangnya hari ini , apa makna ‘sosialis’ , ia berasal dari perkataan latin iaitu socius yang bermaksud “ukhwah” atau “sahabat” atau “kawan” atau “teman” atau “friend” di mana sosialis amat mengutamakan fahaman persahabatan sebagai unsur pengikat dalam pergaulan masyarakat..


To be continue …

Wednesday, May 29, 2013

Antara babi dan rasuah .. Tanggapan yg beda, hukumnya sama ..

Dalam mindset kita orang melayu telah berjaya dipositionkan bahawa "Babi itu haram" sebab itu , jika disebut babi , datangnya rasa jijik , kotor dalam fikiran kita.. Bahkan terlihat babi rasa mahu muntah .. (belajar positioning dalam Marketing).

Tapi sayang perkara yg sama tidak berlaku pada perkataan 'rasuah' .. Tidak ramai org melayu yang jijik dengan perkataan rasuah , bahkan ramai yang terlibat dgn amalan haram ini .

Bahkan mereka boleh mengangkat si perasuah sebagai pemimpin mereka , wakil mereka .. Sedangkan si perasuah akan beri mudarat bukan pada dirinya sendiri,bahkan seluruh rakyat akan terima tempiasnya .. Si pemakan babi paling kurang,mudaratnya hanya pada yg memakannya ..

Jadi 'setkan' dalam minda kita.. rasuah itu haram dan jijik .. Lebih haram dan lebih jijik dari babi ..

ps- tapi tidak bermakna org islam boleh makan babi ..

Sunday, May 12, 2013

Islam Untuk Semua ..


Fakta : Jumlah orang islam di China pada tahun 2009 adalah seramai 21,667,000 orang..

Fakta II : Jumlah orang islam di India pada tahun 2009 adalah seramai 160,945,000..

Jadi , islam bukan milik mutlak satu satu bangsa.. Jadi tidak kena dimana mana menyeru satu bangsa bersepakat untuk mendaulatkan islam kerana itu sekaligus menafikan bahawa "Islam Untuk Semua"

Ehh.. Kenapa tetiba share tentang ni ? terbaca dalam satu buku soal jawab dimana si penyoal bertanya adakah islam milik mutlak org arab sebab ia lahir di arab ..

jawabnya tidak lah .. hehe

Fakta III : Ditolak bangsa arab , jumlah penganut agama islam paling ramai di dunia adalah di Indonesia iaitu seramai 202,867,000..

Fakta IIII : Jumlah semua penganut agama islam di seluruh dunia adalah seramai 1.75 Bilion iaitu seramai 23% penduduk bumi.. No 2 selepas agama kristian dan merupakan agama yang paling pantas berkembang terutama di negara barat. Dicatatkan di Perancis terdapat seramai 3,554,000 umat islam, di USA terdapat 2,454,000 umat islam dan di UK terdapat seramai 1,674,000 umat islam..

Jadi kan.. fikir dalam dalam mengatakan "barat" sebagai musuh islam tu salah rasanya.. Sebab di negara barat mgkn terdapat lebih 10 juta umat islam .. (dikira negara2 lain yg tidak disebut).. Musuh islam bukan 'barat' , tetapi individu individu yang memusuhi islam seluruhannya .. tak kira dimana sahaja.. Di malaysia juga ada.. Chua Soi Lek namanya ..