Wednesday, February 6, 2013

Ada yg perlekehkan Ustaz Azhar? Saya jawab :

Saya  ada baca satu post dari facebooker yg menperlekehkan cara UAI berceramah agama,katanya..Tidak ilmiah dan lebih baik masuk raja lawak.

Suka untuk admin jawab,cara UAI adalah berdasarkan waqi' di Malaysia,saya fikir UAI boleh sahaja nak berceramah scra ilmiah,scra stright begitu namun adakah ia akan menarik ramai org terutama org muda untuk mendengarnya?Tentu sekali tidak.

Mungkin cara UAI tidak seprofesional ustaz2 yg mengaji di universiti seperti DrMaza,Ustaz Don,tapi perlu diingat,mereka berdua sngt menghormati cara ustaz Azhar dan mereka adalah profesional,bagaimana anda pula menolak untuk bersifat terbuka menerima cara UAI?

Cara UAI telah menarik ramai anak muda bukan sahaja untuk belajar ilmu agama,bahkan pada masa yg sama mereka terbuka mata untuk BERPOLITIK,lihat sahaja ketika pilihan raya,anak2 muda yg bawak motor dgn stiker UAI lebih ramai datang bantu pacak bendera.Usaha mereka scra "tidak ilmiah" juga namun Allah pasti tidak menilai ilmiah atau tidak.Hanya org yg bersifat hasad sahaja yang menentang car UAI ..

Moga diberi hidayah :D 

Pesanan buat mahasiswa :

Gambar dari Mr.google
“Mahasiswa perlu berusaha dengan gigih, menguasai ilmu bersepadu dari sumber wahyu dan akal, menggabungkan ilmu syariah dan sains. Ilmu pula mesti dituruti dengan amal. Jadilah mahasiswa rabbani yang soleh lagi musleh, penggerak bukan pak turut, yang terasuh dengan disiplin ilmu dan akhlak.” - Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad : Presiden IKRAM.

Pengajaran dari perang Badar


Pengajaran ringkas ini saya kongsikan berpandukan cerita Omar series epi 11:

Sedikit perkongsian menarik dari drama 30 episod ini.. Dalam episode 11 memaparkan kisah perang Badar,antara org muslim di Madinah dan musyrikin mekkah.

Rasanya semua dah tahu kisahnya sbb memang sentiasa diceritakan,namun suka untuk aku kongsikan pengajaran yg kita boleh dapat dari kisah perang badar melalui drama ini.

1.Seorang pemuda dalam kalangan tentera muslim,terpaksaberdepan dengan satu pasukan tentera kafir yg dipimpin oleh ayahnya sendiri bahkan melihat ayahnya terbunuh,hati mana tidak sedih melihat ayah dibunuh namun demi kecintaan terhadap islam dan rasulullah,beliau tetap nekad berperang sehingga tentera islam menang.

2.Diceritakan dalam quran bahawa Allah telah menghantar malaikat untuk membantu tentera islam,ironinya,dgn bantuan malaikat mesti semua tentera kafir itu mati namun setiap tentera kafir yg mati,mereka dibunuh oleh tentera islam,bukan malaikat.Apa ibrahnya? Dakwah dan penyebaran syiar islam,adalah perlu dengan USAHA kita sendiri , Allah akan tolong kita,tapi yang penting,kita kena usaha dalam menolong agama Allah,jangan nak tunggu malaikat turun atau imam mahdi turun baru nak kerja utk islam.

3.Ahadhun ahad.. Allah itu satu.. Allah itu satu,merupakan slogan yg dilaungan tentera muslim..Slogan ini buat hati2 tentera kafir gentar..

Soal penyebaran Bible dalam bahasa melayu :

Tak ada apa perlu risau pengedaran bible bahasa melayu percuma utk anak2 muda melayu,mereka QURAN pun malas baca,apatah lagi nak baca Bible.. -_- 
(gambar dari)

(If you know what i mean?) hehe

Kerana kita ada Allah

Sedikit perkongsian menarik dari buku "Aku dan IM" oleh DYQ,

Pengalaman beliau dalam penjaga,bilamana beliau dan sahabat2 beliau dalam ikhwan dipenjara,setiap masa dalam penjara mereka habiskan dgn aktiviti bermanfaat,mereka tenang walau tidak bebas,mereka bina ukhwah,tingkat amal,tingkat ilmu,kesihatan dijaga dan paling penting hati mereka juga tenteram.

Beliau menceritakan pula bagaimana situasi tahanan2 dari aliran komunis (athies),mereka tidak tahan,mereka setiap hari meraung2 meracau,tidak beraktiviti,mereka tidak pernah tenteram,hati sentiasa tidak tenang.

Tahu kenapa?

Sebab ikhwan dalam hati mereka ada Allah,sekali pun jika mereka keseorangan dalam sel,mereka masih boleh mengadu pada Allah,tp bagi mereka yg tidak beragama,tidak percaya Allah/tuhan,bilamana emosi perlu ditenangkan..Siapa yang ada utk mereka ?

(if you know what i mean) ^_^

Tuesday, January 15, 2013

Pesanan buat aku,dia dan kamu..

Ada golongan yang benar2 percaya bahawa mereka telah mengikut ajaran islam yang sebenar krna mengerjakan segala ibadah , kerana penampilan mereka sama dgn yg mereka anggap sbg "imej islam".

Saya tidak persoalkan dan tidak akan pernah persoalkan kekuatan agama mereka,tapi perlu jelas islam itu bukan berkisah amalan2 dan penampilan semata mata,islam adalah cara hidup yg cukup sempurna,ad-din .. Dan cara hidup ini bukan dgn imej yg 'warak' semata, tp juga pada toleransi dan kesederhanaan (tak ekstrim) yg kita lakukan.

Bagaimana kita boleh sembahyang then lepas tu kita tak ambil peduli pd nasib malang saudara kita samada yg dekat mahupun yg jauh dari kita.

Mungkin amal kita (kamu) lebih banyak dari mereka,tp yakinkah anda pahala kita melebihi pahala mereka? Hanya Allah yg lebih tahu soal itu,samada kamu,atau mereka yg benar2 bergerak di jalan yg lebih diredhai Allah ... 

Friday, January 4, 2013

Kita dan Idealogi .. Kenapa pilih 'islam'

Terlalu lama di Library sehingga dia tutup td (jumaat tutup awal), sempat baca sedikit dari buku "Islam dan sosialisme" .. Tapi sebab masa kurg,tidak lah baca semuanya , cukup sekadar bab awal.

Bukan nak bercakap mengenai apa yg aku baca dari buku itu,tp sesuatu tentang sosialisme.. 

Pernah dulu,time form 5 - form 6 , aku anggap org yg ikut jalan sosialis/beridealogi "sosialisme" ni "Cool" .. Yela kan,pernah juga cikgu cakap gemulah Muammar Gaddafi kat Libya tu pun sosialis islam, .. Ada terfikir nak jadi org yg berfikiran sosialis juga,nak keadilan yg sama sebab time tu aku tahu wujud kapitalis dan sosialis adalah musuh kapitalis..

Apa yg aku faham tentang kapitalis (scra bodo bodo je) , org yg nak cari untung je kerjanya hingga sanggup tindas org lain,jadinya yg kaya bertambah kaya si miskin papa kedana ..contoh lain org yg cipta virus H1N1 sbb nak jual ubat .. ( haha? :Barangkali: ) , tentu saja bila kita tgk cara kapitalis ni,kita nak sesuatu utk lawan kan, tika itu nampak sosialis lah caranya ..

[Aku duk fikir fikir skrg.. Kenapa time tu aku nampak sosialisme sebagai sistem yg boleh lawan kapitalis tp aku tak nampak "Islam" ,mungkin sebab aku malas mencari dan fokus2 bila baca paper harakah pun baca bab salah laku pemimpin umno kot]

.....

Tapi alhamdulillah,Kemudian Aku terdedah (didedahkan) dgn satu program (bukan politik,dan dr mana2 parti politik) .. yg bercakap tentang idealisme2 ini,bukan secara detail,tp skdr permulaan..

Satu qoute yg mula2 disebut dalam slot itu adalah "Great minds discuss ideas, average minds discuss events, small minds discuss people" ..

Dan apa yg dibincangkan adalah tentang "idea" / Idealogi, dinyatakan beberapa idealogi dan dinyatakan juga bahawa semua idealogi tersebut adalah GAGAL kecuali satu,kenapa semua idealogi lain gagal kecuali 'satu' ini?

Apa contoh idealogi/sistem yg gagal,disebut satu satu,semua yg berbunyi "isme" di belakangnya, komunisme,kapitalisme,sosialisme, nasionalisme(?) dLL..dan antara semua,idealogi/sistem yg tidak pernah gagal dinyatakan,selama 1400 ia masih hidup dan dipegang oleh ramai manusia, walau ad turun naiknya,dan dijanjikan bahawa kelak idealogi ini akan menguasai dunia.. Apa idea itu? Ia dinamakan sebagai "Islam"

Kehebatan islam adalah ia merangkumi semua aspek,dari sosial hingga ekonomi , dan jika dulu aku melihat sosialisme boleh lawan kapitalisme, kini ak lihat 'islam' boleh bunuh kapitalisme.Lihat sahaja konsep mudah antara keduanya tentang pembahagian ekonomi ,dalam islam,konsepnya “Kamu dapat sesuai dgn usaha kamu sendiri dan saya dapat berdasarkan usaha saya dan mengikut perjanjian antara kita, untung kita sharing sama2 , rugi kita tanggung bersama”. Sedangkan sistem kapitalisme akan berbuat “ko rugi or untung, kamu bayar saya " .. kesan dari sistem kapitalis ni " yg kaya tambah kaya,miskin terus papa kedana".

Tak dinafikan,sosialisme ada sisi baiknya,namun sisi buruknya juga ada.. Sebab apa? Sebab ia "Human made idealogy" , dan terpampang depan mata "sistem islam" yg menyeluruh dan "dicipta" oleh Allah yakni yg Maha Pencipta, yg cukup sempurna,kurang cerdik lah aku memilih yg dicipta manusia bukan?

Dan aku terperasan ada dalam rakan fb aku,ber'idealogi sosialis .. Mungkin sebab persekitaran lah,seperti aku dulu juga, persekitaran aku takde didedahkan bahawa "islam itu sistem/idealogi/ajaran" terbaik..Aku kira bersyukur sebab permulaannya,ilmu yg "cari" aku , maknanya aku ikut satu program setelah di'ajak' dan didedahkan, jika ad yg masih tercari cari,moga post ini berguna sbg langkah awal utk kalian mencari "idealogi" terbaik utk kalian.

saya syorkan .. ISLAM :)