Monday, August 8, 2011

Dari otak tak turun ke hati .... ehe

Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

Selalu kita dengar,orang yang berilmu agama pun kaki maksiat..

Tok Iman kantoi vcd lucah ..

Pelajar tahfiz diliwat rakan ...

Mereka mereka ni bukannya org jahil yang tak tahu hukum hakam..tapi kenapa still melakukan dosa?

Mungkin bila kantoi mereka akan cakap,

"semua manusia tak sempurna"

Lempang jugak budak ni..

Sebetulnya,hak ini demikian berlaku kerna ilmu yang dipelajarinya itu,hanya digunakan untuk hidup di dunia ini ..

Mereka guna ilmu untuk kejar dunia..

Nak tengok contoh terbaik adalah bila ustazah kata melacur dihalalkan kalau darurat ..Maknanya yg melanggan tu dapat pahala tolong orang yg dalam kesusahan lah? nok gop r gitu ..ehe

Segala yg dipelajari tidak masuk dalam hati kerna MEREKA TAK NAK IA MASUK DALAM HATI ..

Satu hal lagi,mereka juga adalah orang yang tahu neraka itu ada,tapi mereka rasa mereka tu mampu je lagi duk dalam neraka .. mmmm... cam tak tahu je pedihnya neraka tu . .

Ilmu itu ibarat air,otak dan hati itu ibarat dua kertas tisu ..

Bila ilmu memasuki kepala dan membasahi otak,kita sudah berjaya dapat apa yg kita kejar di dunia .. Tapi untuk masuk ke hati iaitu kertas tisu kedua,ia agak sukar kerna di leher ada satu penyakit yang dinamakan sebagai Wahn ...iaitu cinta dunia dan takut mati .. orang yang berpenyakit gini,kalau gi hospital,hanya satu doktor buleh buat untuk sembuhkan dia iaitu suntik darah hiv..bila tahu diri nak mati,baru nak insaf kot ... (jgn wt gitu,kalau doktor wt gitu parok la)

Wahan ni penyakit akhir zaman yang melanda umat umat islam yang tak kira sihat mentalnya,atau kurang sihat mentalnya ..

dan inilah faktor utama ilmu itu tidak sampai ke hati ..

Ubatnya?

wallahualam...

Penulis pun tak thu...

Tarbiyah kot ... mmmm ..

insyAllah nanti sambung memebicarakan soal ini ... skrg otak dah tepu...hihi

www.tazkirahamar.blogspot.com utk notes lepas....

Kenapa Palestin?

Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

Penulis jarang sekali menulis mengenai Palestin,bukan kerna tak mahu,tapi TAK TAHU maklumat tentangnya,kalau tulis salah,malu aja..ehe

Sering kita dengar dari orang orang yang berfikiran sosialis,lberal dan sebagainya cakap,

"Alah,kita nak peduli Palestin,negara sendiri pun tak terjaga"

"cehh,pejuang palestin konon,rakyat Malaysia tak cukup makan ramai mana"

"huh,tahu lah Palestin negara umat islam,tapi sebelum nak tolong palestin,tolong dulu orang kita di disini nih"


"Kenapa Palestin je,Selatan Thai,Pakistan,Filifina pun ramai umat islam kena belasah,siapa nak peduli mereka?"

Itu antara yang keluar lah dari mulut orang islam di Malaysia ..

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMM....

Sebagai seorang islam,penulis ingin buat analogi begini {dalam kontek negara kita sahaja}

"Kita ibaratkan bumi ini sebagai tubuh umat islam,Malaysia adalah lubang hidung dimana manusia yang hidup bernafas melaluinya,Tetapi PALESTIN itu adalah PARU PARU kita,..(berjangkit utk buat analogi pas gi daurah hari tu..ehe)

Orang yang cetek pandangannya,hanya melihat kepentingan hidung kepada manusia,kerna hidung tempat kita bernafas,tapi lupa bahawa Paru paru merupakan nadi kehidupan kita semua,Tanpanya.........

Kata orang,kenapa nak tolong orang luar,negara sendiri perlu bantuan ... penulis nak cakap, "Kalau semua orang atas bumi ni fikir camni,maknanya takde langsung la bantuan untuk Palestin" kan?

Kembali kepada tajuk.kenapa perlu cakna Palestin?

Pertama lihat dari sudut aspek agama kita,dimana agama kita meletakkan Palestin sebagai sebuah tempat penting bagi umat lslam,dimana semasa perinstiwa isra mikraj Nabi kita Muhamad s.a.w. telah melakukan Isra dan Miraj di Masjidil Aqsa, Palestine. Hal ini ada dinyatakan di dalam al-Quran:
Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari al-Masjidil Haram ke al-Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-Isra: 1).

AL Aqsa juga adalah MARUAH umat islam,tak malu ke kita lihat maruah kita dihancurkan oleh yahudi laknatullah?Ia merupakan kiblat pertama umat islam ...

Adalah SALAH untuk kita melihat masalah Palestin adalah masalah rakyat Palestin...

Tapi kita WAJIB melihat MASALAH PALESTIN sebagai masalah umat islam..

Palestin tu bukan milik rakyat Palestin secara keseluhurannya,bahkan ia milik semua pemegang kalimah. "la ila ha illlah,Muahmmadur rasulullah"

Malaysia yess,milik rakyat Malaysia..Kalau pendatang datang kita gelar mereka pendatang haram (walaupun mereka seakidah dgn kita)

Tapi luaskan kontek palestin ini,Ia milik kita semua,dan amat malulah bila umat islam dilarang untuk memasuki Palestin demi untuk membantu sanak saudara disana.

Hukum membantu Palestin bagi umat islam di Malaysia adalah FARDHU KIFAYAH .. Kalau takde yang membantu,turun ke sana,SEMUA RAKYAT MALAYSIA BERDOSA ..... (Menurut satu ceramah yang penulis dengar tahun lepas)..

Bagi negara sekitar Palestin,hukumnya adalah fardhu ain u taw ..!!

hari ini,ramai orang KAFIR di Eropah turun ke Palestin untuk membantu Palestin dengan slogan "VIVA PALESTINA" tapi kita umat islam duk sibuk tolak tanggungjawab membantu Palestin kepada orang lain ..

Ada kumpulan Muzuik PUNK yang beragama Ateis pun CAKNA PALESTIN,tapi umat islam di Malaysia sebilangan besarnya?? ( http://www.facebook.com/video/video.php?v=195003167189077 )

Entahlah ..Ini melayu kita ..

Menurut seorang abg,di tempat dia belajar,orang kristian lebih CAKNA pada Palestin berbanding orang islam yang hanya sibuk urusan diri sendiri,sibuk berhibur 25 jam sehari..

Penulis tak tahu nak tulis apa lagi sebenarnya ..

Kadang kadang,memang sedih dengan realiti masYarakat@masrakarat kita tentang isu Palestin, "DAH LAH TAK NAK BANTU,BILA ORANG LAIN NAK BANTU,SIBUK NAK MAKI HAMUN,KUTUK SITU SANA SINI"

mmmm..

Tepuk dada... tnya iman ...

Ayah dan abg ditarik dalam api oleh wanita

Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

Apa cerita ni?

Zalim betul kan,wanita tu ..Tarik bapak dia dan suami dia dalam api..

Anak apa ni tarik bapak masuk api..

Isteri apa ni tarik laki masuk api ..

Apa motif kejadian?

Motifnya adalah kerna,

Si ayah dan si suami itu gagal untuk menunaikan amanah mereka terhadap sang wanita itu ...

Sesungguhnya sang ayah dan suami memegang satu amanah yang sangta besar terhadap setiap wanita mereka.. (anak/isteri)

Apa amanah sorang ayah?

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya...

So bila anak tak tutup aurat,tak solat,dan sebagainya,confirm dia masuk neraka,(dgn izin Allah),pastu ayah yang merupakan tok iman masjid,yang solat wajib tak tinggal,solat sunat 10 kali sehari,mengaji khatam 2 kali sebulan,gi haji 10 kali,gi umrah 30 kali,last last masuk neraka gop..kesian ... kalau anak itu sayang ayahnya,make sure jaga agama anda...

Apa amanah sorang suami ?

Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana sholatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka..

Ni sejenis ag..manusia takut bini... alasanya sayang,tapi sayang bawak padah ... kih kih kih ... kalau si suami ni ketua pemuda parti islam pun,kalau tak reti jaga bini,last last ni la balasannya juga...hua hua hua (pemuda dacing awal2 lagi tempah tiket,kih kih kih)

Lihatlah…..betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu….”

Sunday, August 7, 2011

Agak agak main mercun tu haram ke halal?

Assalamualaikum dan salam perkongsian .. Tiba je ramadan,bunyi mercun wajib ada .. Kira dah cam jadi budaya wajib lak main mercun nih .. Tok Iman pun sentak (kejut) masa bunyi mercun,tengah baca al fatihah pun boleh terganggu .. Dulu orang jahiliyah nak ganggu orang solat dengan cara bersiul,ini orang melayu islam ganggu orang solat dengan mercun..teruk lagi orang sekarang .. Meh kaji kalau ada hukumnya,agak agak haram tak main mercun ?   jom kita kaji dari beberapa aspek :  Kita tengok atau kaji keharamannya dari beberapa aspek iaituL:

#Aspek agama >
sebab main mercun ni adalah perbuatan penganut agama buddha. iaituTime raya Cina jer mesti dia bakar mercun supaya hantu lari,itu kepercayaan mereka... Jadi bila kita menyambut satu budaya bangsa lain ia adalah Haram. Nabi larang dengan sabdanya, "man tasyabbaha bi qaumin fahuwa minhum". (Sesapa yang menyerupai suatu kaum, maka mereka dari kalangan mereka lah juga). ..tapi kalau nak tgk,org cina main mercun tak la melampau cam org melayu,tak pernah den dgr org cina main mercun sampai putus jari ...berpadalah kalau nak main..jgn melampau ..


#Aspek ekonomi >
melakukan pembaziran adalah dilarang oleh islam,beli mercun sepuluh kotak dengan harga RM500,pastu bakar dalam masa satu malam,tak ke rugi tu?kalau sedekah kat masjad boleh wt berbuka 300 orang tu..


#Aspek kesihatan >
Firman Allah: Jangan kamu campakkan tangan kamu dalam kebinasaan. First ramadan seorang remaja dah putus 3 jari kerna mercun..saheh mercun ni bahaya utk kesihatan,org bodoh je bahayakan kesihatan diri..cam merokok jugak la hukumnya.

#Aspek sosial >
Budak budak yang main mercun ni sebenarnya menganggu orang yang tak main mercun,kami nak stdy ke,layan facebook ke..terganggu la..Apatah lagi orang yang nak solat,ngaji (nak khatam dalam masa sebulan ni)..Kalau pak cik tu ada yang sakit jantung,bawa mati nih kerkezut ..Boleh jadi kes bunuh la yang main mercun ni.



Bagi orang yang ada baby kecil,baru je berjaya tidur kan baby tu,nak pi masak untuk berbuka puasa,tup tup terjaga dek bunyi mercun...Tak masak la mak cik tu (mak aku) ..jadi aku nak makan pe berbuka nanti? adooooiiyaaa.. So...   Tak cukup lagi untuk mengharamkan mercun ni?   Penulis tak mampu la nak bikin fatwa haramkan mercun,tapi .................................... (hahahaha)

uthman naik heran jugak bila .........

Assalamualaikum dan salam berbahagia di bulan ramadan ..

Tadi ana tulis mengenai setan yg heran bila tengok manusia ..

Sekarang,juga berkait dengan hairan juga iaitu hairanya sorang sahat nabi tentang kita juga..begini heran nya beliau :)

1.Aku heran melihat orang yang sudah tau bahwa dia akan mati tapi masih tetap tertawa dan tidak sadar

2.Aku heran melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa tapi masih tetap mencintainya

3.Aku heran melihat orang yang sudah tahu bahwa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih karena kehilangan sesuatu

4.Aku heran melihat orang yang sudah tahu bahwa di akhirat ada perhitungan,tetapi masih sibuk mengumpulkan harta

5.Aku heran melihat orang yang sudah kenal neraka, tetapi masih melakukan dosa

6 Aku heran melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya

7.Aku heran melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tatapi masih mau mematuhinya

(Usman Ibn Affan)

Hairan x?

Dunia ini penuh dengan kehairnan..

Penulis pun hairan kenapa bila ada manusia tu begitu sombong sedangnya masa dia lahir dulu,bukannya keluar itu lubang emas,tapi keluar ikut lubang yang sama tahi kuar ..kan?

Wa tatak heran la yika umat islam hari ini lemah berbanding ummat2 sebelumnya ..Ini kerna mereka tak sedar diri hidup di bumi milik Allah ..
...

Saturday, August 6, 2011

Setan pun naik heran daaaa

Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

Ea... duk sibuk cari maklumat dalam lebai google ..

Penulis jumpas satu entry tentang soal jawab Nabi Muhammad dan Iblis..

Antara yang mereka bualkan,penulis pun naik heran bila setan kata dia naik heran dengan umat Muhammad..Bagaimana tuh?

Begini dialognya :

kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.
1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba(setan) tetapi mereka itu mengikut hasutanku.

Tu la kita kan? saya,awak,dia,mereka..

Ucapan cinta pada Allah hanyalah dusta semata mata ..

Kenpa penulis tuduh camtu?

Penulis fitnah kah?

Anda tahu jawapannya ..

Dan tahniah kerna anda berjaya buat setan naik heran ..

Kalau benar cinta..Buktikan dengan perbuatanMu ..

Solat jangan tinggal..

Puasa make sure cukup sebulan..

Cinta di bibir dan cinta dihati adalah dua perkara berbeza ..

Untuk Allah,cintailahNya dengan bibirmu,juga hatimu ..

Kerna cinta di bibir sahaja ibarat tin kosong yg berbunyi bising,tapi intinya adalah 'zero' ..

cakap soal cinta ni,...

kena ingat.... cinta untuk manusia sebelum nikah tu pada padalah..kapel tetap haram dulu,kini,dan selamanya :) cinta itu naluri..Kapel tu nafsu ... beda tawu !!

Wanita gunting badan dengan gunting panas .

Assalamualaikum wbt ..

Ngeri tak dengan tajuk notes ni..

Betul ke ada wanita potong badan sendiri dengan gunting panas ..

Fuhh...biar betul,ada ke orang gila yang nak seksa dirinya sendiri begitu?

Betul adik kakak semua...ini 'berita' tidak bohong...ini bukan utusan meloye maa..

Motif dikatakan wanita wanita tersebut bertindak sedemikan adalah kerna itu merupakan kesan dari tindakannya masa muda muda ..

ini kisah berlaku dalam neraka loo..

Tika nabi melalui peristiwa isra mikraj,beginda nampak beberapa jenis wanita yang dihukum dalam neraka antaranya adalah yang mengunting badannya dengan gunting panas (dari neraka)


Sabda baginda,

Adapun wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka, dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang banyak, dengan maksud supaya mereka (orang banyak) itu melihat perhiasannya, dan setiap orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, kerana melihat perhiasannya...

Jadi...anda?

Wrase wrase nak try tak gunting badan guna gunting panas?

Wrase wrase sakit tak?

Ke macam kena gigit semut gatal je?

Cuba lah gunting badan anda...kalau rasa rasa tak tahan,jadi ingat ingat la,kalau tak jaga  diri dan aurat serta megah dengan perhiasan,gini la jadinya nanti ...

ingat!!!!!

FREE PALESTIN .... Tiba Masa Ummah Bersatu menentang yahudi Laknatullah ... Sokongan penuh kepada pihak yang beejuang untuk kebebasan palestin .... Di Malaysia kita ada Aqsa Sharif....Sama sama LIKE tanda sokongan . http://www.facebook.com/aqsa.syarif?ref=ts