Thursday, January 8, 2015

Kisah Kaab Bin Malik




“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)

Salah satu kisah masyur sahabat nabi, berkisar kejujuran dan kecintaan pada Allah dan Rasulnya..

Ketika Nabi menyeru untuk umat islam bersama sama baginda dalam perang Tabuk,semua orang islam (mukmin) menyahut seruan baginda melainkan orang orang munafik,tua dan uzur.


Kaab ketika mendengar seruan itu,beliau dalam keadaan senang dan kebun kebun beliau berbuah,lalu saat orang lain membuat persiapakan perang,maka beliau bertangguh tangguh, merasakan beliau mampu bersiap walaupun lewat bermula, namun saat tentera muslimin sudah mula bergerak,barulah beliau sedar,bahawa beliau sudah terlewat.

Lalu bila beliau keluar rumah,beliau lihat orang orang yang tinggal dirumah adalah orang orang muanfik yang beliau tahu mereka munafik sahaja,dan beberapa orang tua dan uzur.. Lalu timbulkan penyesalan dalam diri beliau.

Di Badar,Nabi perasan ketidakhadiran Kaab,lalu bertanya kepada sahabat yang lain,ada seorang mengatakan "kaab diuji dengan pakaian yang cantik lalu beliau tidak hadir" , tapi Muaz Bin Jabbar mengatakan "aku tidak tahu apa2 tentang Kaab melainkan yang baik baik sahaja" ..

Perang Tabuk berakhir dengan kemenangan tentera muslimin , lalu mereka berangkat pulang dan nabi segera ke masjid untuk menunaikan solat 2 rakaat, ketika nabi solat,datanglah kira kira 80 orang yang tidak hadir perang untuk memberi alasan kepada nabi, dan majoriti antara mereka adalah golongan munafik,namun kerana mereka beri alasan dan keuzuran mereka (perlu jelas ciri ciri org muanfik), lalu nabi mendoakan keampunan mereka.

Kaab mengumpulkan ahli keluarga beliau,untuk tanya apa alasan untuk diberikan kepada nabi,adakah beliau juga perlu berbohong...........?

Bila tiba giliran Kaab, Rasulullah senyum melihat Kaab, namun Kaab perasan disebalik senyuman itu ada kemarahan nabi.

Lalu nabi bertanya kepada Kaab alasan ketidakhadiran beliau, lalu Kaab berkata,

"Ya Rasulullah, jika aku berada di hadapan pemimpin pemimpin dunia lain,aku akan mencipta alasan untuk membuatkan mereka terima ketidakhadiran aku,sesungguhnya kau tahu aku adalah orang yang paling pandai berhujah,namun di hadapan mu,aku hanya mampu berkata benar" dan Kaab menceritakan kisah beliau.

Lalu nabi mengarahkan umat islam Madinah memulaukan Kaab selama 40 hari..

Bersama sama Kaab adalah 2 orang lain sahabat yang turut berkata jujur dan dipulaukan selama 40 hari,iaitu Hilal Bin Umaiyah dan Murarah bin Rabi’ah.

Saat dipulaukan, Murarah dan Hilal masing masing berada di dalam rumah dan tidak keluar,namun Kaab masih ke Masjid dan menunaikan solat berjemaah,namun beliau tidak dipedulikan orang ramai termasuk nabi sendiri.

Dalam tempoh mereka dipinggirkan itu,datang ujian Allah pada Ka'ab bila utusan dari Raja Ghassan untuk menjemput Ka'ab ke sana dan tinggal di sana dengan dijanjikan layanan yang baik dari raja. Namun Ka'ab langsung membakar surat tersebut..

Kaab ketika itu menyatakan kebimbangan beliau jika beliau mati,nabi tidak solatkan jenazah beliau.

Satu ketika beliau ke kebun dan berjumpa sepupu dan merupakan kawan baik beliau,lalu beliau mengatakan "tahukah kamu aku benar benar cinta akan Allah dan Rasulnya" , lalu sepupunya berpaling dan berjalan ke arah lain,lalu beliau pergi ke hadapan sepupunya dan berkata  "tahukah kamu aku benar benar cinta akan Allah dan Rasulnya" , lalu sepupunya sekali lagi berpaling dan berjalan ke arah lain,lalu beliau pergi sekali lagi ke hadapan sepupunya dan berkata  "tahukah kamu aku benar benar cinta akan Allah dan Rasulnya" , kemudian sepupunya akhirnya menjawab "Hanya Allah dan Rasulnya lebih tahu,aku tidak tahu apa apa" ..

Selepas 40 hari dipinggirkan,datang utusan nabi untuk memerintahkan Ka'ab dan dua rakannya untuk menjauhi isteri masing masing. Ka'ab bertambah sedih lalu bertanya utusan tersebut samada beliau harus menceraikan atau sekadar mjauhkan diri,maka jawab sang utusan,hanya menjauhkan diri.Lalu Kaab mengarahkan isterinya pulang ke rumah ibu bapanya.. Isteri Hilal memohon dari Rasululah agar beliau dibenarkan melayani Hilal kerana beliau sudah uzur lalu nabi membenarkan.

Pada hari ke 50,ketika Kaab usai solat subuh,datang seorang yang berkuda meluru ke arah beliau sambil menjerit "Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah! Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah!"

Kerana terlampau gembira dengan berita itu,beliau menyerahkan satu satunya pakaian yang dia ada (jubah) dan saat beliau masih memakaikan kepada utusan tersebut lalu kemudinnya,beliau ke Masjid,

Nabi juga kelihatan gembira dengan apa yang berlaku,saat beliau berhadapan rasulullah, beliau bertanya "Apakah khabar gembira ini dari mu ya Rasulullah,atau dari Allah" , nabi kemudian berkata "Dari Allah" dengan firmannya ,

“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)

Ayat ini diturunkan kerana komitednya Kaab terhadap islam dan agamanya,cintaanya kaab kepada Allah dan Rasulnya,kejujuran dan pengorbanan.. ayat ini telah membuktikan,bahawa memang CONFIRM Kaab adalah seorang muslim dan bukan munafik kerana ia diperakui Allah sendiri..

Sunday, January 4, 2015

Raikan perbezaan : Bukan sekadar toleransi, sebaliknya menghargai

Perbezaan pandangan pada hari ni dianggap sebagai satu musibah, dianggap sebagai satu bala memecah belah dan dianggap setiap muslim itu berpecah hingga tiada titik persamaannya,namun sedar atau tidak, mudahnya mengamalkan islam hari ini adalah kerana perbezaan pandangan para ulama silam.

Ketika ulama besar islam masih hidup,mereka menulis kitab bertujuan untuk membukukan ilmu ilmu islam,namun fitrah manusia,wujudkan perbezaan pandangan antara mereka, dan pada ketika itu ummah mendapat rahmat dari perbezaan pandangan itua kerana telah terhasillah buku dan kitab yang menukilkan perbezaan pandangan para ulama akan perkara perkara tertentu dengan hujah hujah mereka tersendiri.


Dari kepelbagaian pandangan ini sekaligus menghasilkan perbagai pilihan kepada umat islam terutamanya dalam bidang feqah.

Bagaimana cara berfikir kita bila wujud 2 pandangan berbeza antara ulama adalah selama masalah itu khilaf antara mereka (para ulama),kita boleh memilih salah satu kerana tiada pertanggunjawaban keatas kita akan tindakan itu. Bahkan para ulama yang khilaf itu juga, andai kata salah seorang daripada mereka itu salah, maka tidak dihukum hanya karana kesahalan dalam ijtihadnya. Bila ijtihadnya salah, dia tetap dapat pahala. Sebaliknya, bila ijtihadnya benar, dia akan dapat dua pahala.

Sebagai orang awam, kita tidak diwajibkan melakukan ijtihad sendiri, Maka kita dibolehkan bertaqlid kepada fatwa para ulama mujtahid yang diakui kemampuannya.

Satu satunya "ijtihad" yang orang awam boleh lakukan (jika mahu keyakinan) adalah bertanyakan dalil.. Jika seseorang ustaz mengatakan "ini sunnah" , "ini haram" , namun kita ragui betul ke tidak,maka wajar kita bertanyakan dalil.
Kerana dalam hujah hujah para ulama silam,memang ada dinyatakan dalil untuk pandangan mereka, masalah hanya pada ulama hari ini,mereka beri pandangan sendiri namun menggunakan nama ulama silam,maka wujudlah "dalil murtabak" etc, tidak kurang ada dalam kalangan mereka mengharamkan anak murid untuk meminta dalil atas alasan "adab berguru"..

Moga tahun 2015, perbezaan pandangan akan semakin diraikan, bukan sahaja saling toleransi,sebaliknya saling menghargai..
Rujukan :
1.Biarpun tidak bersetuju,jiwa tetap bersatu - Ustaz Pahroi Muhammad Juoi
2.Fiqih Ikhtilat - Ahmad Sarwat, Lc