Thursday, December 22, 2011

mana tudungmu sayang?

Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

Penulis biasa menulis tapi jarang bersajak,

Jadi nak test sajak sekali ..ehe ..komen lah yea :

Ya ukhtana ..

Mana pi tudung hang ??

Ya ukhtana ..

Awat rambut hang kaler perang ..

Ya Ukhtana ..

Hang lupa ka Allah pesan ..

Ya ukhtana ..

Tutuplah aurat Mu kecuali kepada suami hang ..

Ya Ukhtana ..

Api neraka panaih woo..

Ya Ukhtana ..

Tak caya cuba bakar jari tengok ..

Ya ukhtana ..

Hang tak baca ke notes aku yg lepas?

Ya Ukhtana ..

Aku cakap perempuan tak tutup aurat dibakar idup2 dalam sana..

Ya Ukhtana ..

hang tak takut ka?

Ya Ukhtana ..

Malaikat tepi kiri sedih tengok ko ..

Ya Ukhtana ..

Kenapa nak jahanamkan diri ko?

Ya ukhtana ..

Bertaubat lah ..

Ya Ukhtana ..

COVER UR AURAT PLEEZZZZ..

Ya Ukhtana ...

Seksa i .. hehe

sekian ..mohon ampun jika tatabahasa salah ... peace .

Wednesday, December 21, 2011

Doa apa sahaja pada Allah ...yeahh..nak makan ya Allah

Aku nak makan ya Allah ...

Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

InsyAllah penulis nak berkongsi tentang satu ibadah yang dipanggil sebagai "doa"

Korang tahu apa itu doa ..? Secara bahasa mudahnya tanpa merujuk kamus , doakan permintaan kita pada Allah ..

Doa adalah ibadah,sebab itu kita hanya boleh berdoa pada Allah,kalau berdoa selain Allah,maka samalah kita beribadah selain dari Allah nauzubillah ..

Doa ni adalah satu perkara mudah yang kadang kadang tidak langsung dipraktikan oleh orang kita ..

Biasa orang ingat,kita hanya berdoa selepas melakukan ibadah,itu kebanyakannya..sATU lagi perkara yang tidak lari dari doa adalah makan , time nak makan,berdoalah kita..

Itu amalan yang mulia dan harus terus diamalkan ,itu sunnah nabi kita ..

Tapi pernah tak time kalian lapar, kalian sebut "Allah,lapar larh...nak makan" ... pernah pernah??

Atau time tunggu bas,bas tak sampai sampai,kalian panik sebab dah gelap,lalu kalian berdoa "Allah,nak bas" ... pernah pernah?

Ehe .. Dulu penulis tak pernah juga,tapi lepas jumpa seorang abg , dia bercakap je, dia cerita,biasa time duk U,lapar,dia takde iktiar dah,dia hanya berdoa "Allahh...aku lapar", ada ketikanya dengan takdir Allah,kawan sebiliknya bawa balik nasi ..

Penulis sendiri selepas dapat idea dari abg tu,kebetulan penulis baru pulang dari ziarah kawan , kul 5 tunggu bas di depan Mydin Mall kuala terengganu,hingga 6.15 takde lagi BAS,memang panik dah .. jadi kemudian dalam hati,bila dah takde iktiar dah tu, penulis sebut " Bas ...bas Ya Allah,aku nak bas,nak balik ea" .. alhamdulillah,dalam 6.20 bas sampai ... itu itu kebetulan,tp suratan ..ehe,sebab bas yang last sepatutnya jam 5.30 ... kan kan kan ... doa x perlu susan cantik cantik time panik,Allah faham ...Allah kan maha bijaksana, bukan macam manusia yang banyak kelemahan

Ambil iktibar..Banyakkan berdoa,kawan nak pergi haji , segan nak suh dia beli hadiah ,doa "Allah,berilah ilham dia beli kopiah dari mekah se " insyAllah , kalau kena,makbullah ..

Yesss,..

Allah paling suka hambanya yang selalu meminta padaNya ..itu tandanya kita yakin akan kekuasaannya ... Allahuakbar !!

JOM BERDOA ... hnya pada Allah ..

ps- DOA DOA JUGA...USAHA PERLU ...DUIT : Doa,Usaha,Iktiar,Tawakal.... yeahh

Sombong itu Pakaian Ku...(Allah)

Assalamualaikum dan salam perkongsian..

Penulis telah menulis satu entry semalam,tetapi entah apa masalah facebook ni,ia gagal untuk publish,pastu hilang semuanya...citt ... tension ... tension ...

Tapi penulis teringat satu ceramah yang disampaikan Ustaz Lokman time mengikuti DauraH Kurma pada awal ramadan lepas ..

Ia tidaklah berkaitan facebook,tetapi berkenaan kelemahan makhluk..

Peristiwa yang berlaku tika itu adalah microfon gagal untuk berfungsi ,

Beliau bertanya kepada hadiran apsal microfon ini rosak ,

Banyaklah jawapan jawapan yang timbul (banyak ke? ) ehe..

Kemudian last sekali,beliau beri jawapan iaitu ,

Microfon ini rosak sebab ia 'makhluk'..

Dan adalah sifat sesuatu makhluk itu,ia ada kelemahan,

jika ia tak rosak,takde kelemahan,bukan makhluk la tu,itu tuhan namanya..

Time tu memang dapat satu ilmu simple yang baru dah terbaik ..

Ehe,jadi samalah dengan facebook penulis semalan,ia bermasalah sebab facebook ni makhluk,kalau tak pernah ada masalah,bukan lah makhluk pulal..

Eh..Apa kaitan pula mukadimah di atas dengan tajuk notes? ehe

Ambillah satu pengajaran dari sini iaitu,setiap makhluk (ciptaan) ada kelemahan,termasuk kita walau sebagai manusia,yang dikatakan 'sebaik baik kejadian",sedar atau tidak,walaupun kita ini sebaik baik kejadian,tetapi bila kitamelakukan maksiat,maka kitalah seburuk buruk makhluk ..

Manusia yang banyak kelemahan,tentu sekali satu sifat yang tidak boleh wujud dalam diri adalah 'sombong'..

Siapa manusia untuk mengatakan aku kaya maka aku lebih mulia ..

Aku berilmu maka aku lebih mulia ..

Jika Allah mahu hinakan kita,hanya dengan satu sebutan,'kun' maka hinalah kita.

Fikir elok elok sebelum kita sombong ,

Cuba ingat kembali dari mana tempat keluar kita time lahir..

Dari saluran emas kah?

Dari dari saluran yang sama najis keluar?

Mahu sombong lagi?

Sombong itu adalah sifat Allah , Gong itu (sombong versi terengganu) adalah sifat Allah, jika kita mengambil sifAT aLLAH,nescaya pasti dengan izinNya,tiada tempT untuk kita dalam syurga ..

Hanya Allah yang layak untuk sombong,untuk rasa gong ..sebab apa?

Sebab Allah yang menciptakan semua makhluk di alam ini..

Manusia mungkin mampu mencipta sesuatu dari bahan2 yang sudah wujud,

Tapi Allah mencipta sesuatu dari tiada,kepada ada..

masih rasa gong?

bertaubatlah ... nak tunggu sampai bila? gong betul la..

Monday, December 19, 2011

perkongsian ilmu :) time kuliah tidak lama dulu

Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

InsyAllah malam ni penulis ingin berkongsi tentang pengisian kuliah di tempat penulis ..

Kalau ada yang tak faham,maklumkan penulis tahu,tapi insyAllah penulis permudahkan dan peringkasankan bahasanya ...

Moga berguna :

  1. Adakala kita diuji oleh Allah,bersabarlah kerana ujian itu hanya sementara,ia adalah untuk menghapuskan dosa dosa kecil hasil dari kesabaran/amalan baik kita ..
  2. Allah memberi jalan yang sempurna untuk menghapuskan dosa iaitu dengan berbuat kebaikan.
  3. Insan yang berazam mahu jadi orang ‘baik’ akan selalu diuji Allah,jangan putus asa kerna itu jalan setiap mujahid.
  4. Kisah fatimah menangis tika membasuh baju rasulullah yang disimbah najis oleh orang kafir,Rasulullah menjawab,Wahai Fatimah,Aku adalah Rasul Allah ,dan sejarah nabi nabi dahulu diuji oleh Allah  lebih teruk lagi berbanding umatnya..Lalu ingat,bagi yang mahu ikut jejak nabi,kita akan diuji sama,bersabarlah ~~
  5. Semakin dekat kita dengan Allah,semakin banyak diuji …
  6. Orang yang tidak berilmu agama,pasti akan tewas apabila diuji lantas menjadi kufur/murtad!!
  7. Bagi mereka yang sudah punya kefahaman,ia bertujuan untuk meninggikan lagi darjat kita sebagai manusia beriman .
  8. Bila kita laksanakan yang maaruf,dan meninggalkan kemungkaran,itulah tanda ketakwaan kita .
  9. Orang berilmu pasti sukar ditipu,penting untuk negara,dan lebih utama untuk ummah/agama.
10.  Negara yang sejahtera dan tuhan mengampunkan ahli2 didalamnya jika di dalam Negara itu terdapat orang orang yang muktaqim.
11.  Bagaimana menghapuskan kejahatan?pastinya dengan amal amal soleh.
12.  Yakni Perkara amal solat boleh menghapuskan amal jahat !
13.  Tiap solat memadamkan dosa dosa ,solat zohor memadamkan kesalahan2 antara zohor dan asar,dan begitulah semunya…Solat jumaat,menghapuskan kesalahan yang dilakukan antara jumaat ini hingga yang seterusnya (Bukan padam semua!),Ramadan dengan Ramadan,Haji dengan haji,umrah dengan umrah (gunakan konsep yang sama untuk zohor  tadi)
14.  Ajaran kristian mengatakan amalan agama adalah persendirian,berlainan dengan islam,yang kena jaga juga kebajikan agama orang orang sekeliling.
15.  Dengan bertakwa kepada Allah,pasti akan melebatkan ibadah kita.
16.  Ingat!!jaga suruhan,tinggalkan larangan Allah !!Barulah bertakwa.
17.  Amal yang banyak,amat bermakna umurnya .
18.  Makna panjang umur bukanlah bilangan umur,tapi bilangan amal ibadah kita.
19.  Panjang umur bermaksud mohon pada Allah diperlebatkan amal soleh sepanjang hidup itu.Bilangan umur tetap tidak berganjak !
20.  Bertakwa kepada Allah memudahkan kita untuk meminta ampun bepada Allah .
21.  Kita akan mudah menyedari kesilapan kita (Allah permudahkan istiqfar kepada kita)
22.  Adalah satu bala jika seseorang yang melakukan dosa tidak menganggap dosa itu sebagai bala/perkara buruk.
23.  Allah tidak akan menolong dia dalam menyedari akan kesilapan dia /untuk bertaubat.
24.  Amalan orang yang paling rugi adalah orang yang sesat jalan dunia mereka,dan dalam kesesatan itu,mereka menyangka mereka melakukan kebaikan.
25.  Ketakwaan boleh memadamkan dosa dosa kecil.



Kehebatan Ahli Badar 313..
ü  Allah telah mengangkat ahli badar.
ü  Dengan berkata “Buatlah apa yang kamu suka”,
ü  Sesungguhnya Aku (Allah) akan mengampunkan dosa kamu.
ü  Mahupun begitu,ahli badar tetap tidak mengambil kesempatan dengan melakukan maksiat.
ü  Diperbolehkan selawat kepada orang soleh. (solaTullah,salamullah…… utk tentera badar)
ü  Perang badar adalah perang keinginan Allah,Allah yang mahukan perang itu berlaku
ü  ALLAH mahukan perang Badar kerna mahu perkukuhkann kedudukan islam di arab

Kenapalah aku sukar menghafal ... ?

Assalamualaikum dan salam perkongsian ilmu.

Ehe..agak lama tidak menulis disebabkan kekangan idea (alasan) .

InsyAllah akan cube kembali dengan entry2 yang berguna untuk semua .

Tajuk kali ni berkaitan dengan kita yang sukar nak menghafal sesuatu,sukar nak ingat tentang matapelajaran,selalu lupa ilmu yang diberi lecture/cikgu... kenapa ya?

Ingin penulis kongsi syair dari iman Shafie yang berbunyi :

                                              ~Aku mengadu kepada guruku bernama wakiq,
                                                       Betapa teruknya hafazanku ini,
                                          Guruku menasihati aku untuk meninggalkan maksiat,
                                                Ilmu itu adalah cahaya menurut guruku,

Haaaa,dapat point nya?

Kita sukar menghafal ,salah satu puncanya kita selalu bermaksiat ..

Camne bermaksiat tu?

Kita berzina ke? dating ke?

Jom dalami maksud maksiat

Maksiat bermaksud kita melakukan larangan Allah , setiap perkara .

Kita tidak solat,tidak sembahyang,tidak jaga penglihatan,buat onar dan sebagainya lagi ..

Itulah maksiat ..

Jadi tepuk dada tanya iman ,

apakah kemampuan menghafal kita?

Jika lemah ..

Lihat diri kita ..

Adakah kita bermaksiat ..?

Tentu sekali kan ...

Cubalah untuk meninggalkan amalam buruk kita ..

sebagaimana pesan cikgu iman shafie

"Guruku menasihati aku untuk meninggalkan maksiat"

Mungkin kita tidak lepas dari melakukan maksiat lagi ..

Tapi azamkan dalam hati..

"aKu akan Jauhi MakSiat "

InsyAllah ... kemampuan mengingat kita pasti meningkat ..

ps-tp penulis ingat ckgu penulis cakap dulu,lupa itu satu anugerah ... dan ia sebenarnya amat bernilai , bagaimana tu? begini,jika kita dilanda kesedihan,kehilangan orang tersayang,jika kita tidak melupakannya,pasti sampai akhir kita bersedih kan ... mmmm , setiap makhluk Allah ,ada baiknya,termasuklah 'lupa'

Monday, December 5, 2011

Soal "kau bukan Allah untuk menghukum"

Alhamdulillah,kebetulan ustaz membicarakan sesuatu yang telah banyak kali terjadi kepadaku iaitu tentang satu hujah seorang yang jahil quran tapi berhujah guna akal sendiri ..Ingin saya berkongsi bersama anda ..

Yakni bila ada orang berkata siapa kita untuk hukum seseorang itu berdosa/hukum itu haram,kita bukan tuhan,kita bukan Allah..contohnya kita tak layak untuk hukum org tu berdosa kalau tak tutup aurat,sbb kita bukan Allah,atau kata 'dalam quran xde kata rokok haram,kita bukan tuhan nak haramkan"..itu sekadar contoh..

Jawabnya ustaz ana, orang yang berkata sedemikian adalah SESAT !!

Menurut ustaz ana,kalau begitu pegangan dia,maka sah sekali dia tidak bercakap agama mengikut Quran,sedangkan dalam quran ada menghukum manusia yang tidak menutup aurat,jadi bila kita kata org yg tidak menutup aurat itu berdosa,maknanya kita telah MENGHUKUM MENURUT YANG DITURUNKAN ALLAH..

Yakni hukum yg kita sebut tu,bukan kita yang tetapkan,memang ada dah .

Jadi,yakinlah,bila kalian menyeru yang maaruf,mengcegah yg mengkar,lalu bila ada orang cakap "anda tak layak menghukum,nak kata itu berdosa itu tidak" katakan padanya "Anda sesat"

Berkenaan hukum yg tidak dinyatakan dalam Quran,kita wajib berpegang pada yang dihukumkan oleh uama ulama muktabar , ulama2 mashur..Misalnya hukum tengok video lucah,zaman nabi mana ada video lucah kan,jadi ada ke hukum tgk video lucah? Adalah,yakni tgk aurat org,tgk sesuatu yg manaikkan nafsu shawat,dan sebagainya ..Dan memanglah,dalam quran xde sebut video lucah,tapi ada yang kita boleh kaitkan ..Begitu juga merokok,betul rokok xde disebut dalam QUran,tapi ada dinyatakan kita tdk boleh letak diri dalam lembah kebinasaan,bukankah rokok itu membinasakan,kedua soal membazir,juga haram,jadi adalah roko itu menguntungkan perokok?

wallahualam ... tegurlah segera jika saya salah ..