Assalamualaikum dan salam perkongsian..
Agak lama tidak menulis disebabkan kehabisan idea..huk huk huk ('ehe' sudah ketinggalan zaman)
Tajuk hari ni adalah berkenaan sifat Allah yang kita wajib sebut paling kurang 17 kali sehari dalam surah Al fatihah iaitu 'Ar Rahman Ni Rohim' yang bermaksud yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Dalam ayat ni nak beritahu bahawa Allah ni adalah sangat sangat pemurah dan berbelas kasihan..
Buktinya?
Antum semua lihat dan perhatikan,ramai mana orang atas dunia ni,yang tidak sembah Allah,yang tidak mengesakan Allah,tapi Allah tetap bagi makan kat dia..Bahkan yang LAWAN Allah,Allah tetap beri dia nikmat hidup.
Tengok tok sami di tokong dan kuil,tiap tiap hari sembah berhala,tapi tengok boleh makan besar,rezeki masuk tiap hari..sebab sifat Rahman Allah ni la..
Tengok kalau zaman silam,seorang yang lawan Allah secara Tegar,namanya Qorun,harta bertimbun timbun,sehingga kalau kita jumpa harta dalam tanah harini,kita panggil sebagai 'HARTA QORUN' nak kata kayanya Qorun ni ... Tapi dia bukan orang yang taat.dia musuh Allah no Wahid..Lawan Allah,dengan sifat rahman Allah,sifat pemurah Allah,dia dapat harta yang bertimbun timbun..
Sebab tu kalau kalian dapat harta yang banyak,korang jangan fikir "Allah sayang aku la ni"
Takkk..
Harta dapat sebab sifat pemurah Allah nak pinjamkan hartanya pada kita,walaupun dia ni ibadat tak la sangat..Dapat harta banyak bukan bermaksud Allah sayang kita ..
Kadang kadang Allah bagi harta untuk kita makin lalai,duit time takde wang,tiap tiap hari ke surau,bila dah kaya,rezeki masuk,tak ke surau langsung...ni Allah sengaja nak uji kita..Silap langkah,kita tewas...go to hell...habis lah ..
Akhirnya,sifat rahman Allah terbukti dengan apa yang ana nyatakan,bahkan dalam kontek lebih luas,selain harta,lihat juga Allah beri nikmat dunia lagi,nikmat deria rasa,nikmat hidup dan sebagainya..
Tapi nikmat yang kekal adalah nikmat orang yang beriman dengan Allah ...Kekal di dunia,dan diakhirat kelak...
Jom kejar nikmat tu ..
Selamat hari raya :) maap zahir dan batin