Friday, August 9, 2013

Kebebasan Berfikir dan kebebasan mempunyai pandangan..

Bilamana Allah ciptakan manusia, Dia beri satu kelebihan kepada kita berbanding makhluk lain iaitu punya akal fikiran dan fungsi akal ini adalah untuk berfikir,dan bila sampai tahap matangnya,boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk (kita istilahkan sebagai 'mumayyiz').

Jadi,telah menjadi satu hak kepada semua manusia untuk berfikir tentang segala galanya,dan tindakan menghalang manusia berfikir dan mempunyai pandangan sendiri adalah tindakan mencabul hak asasi manusia tersebut.

Dan saya gemar bersama orang yang berfikir walaupun idea mereka,pandangan mereka 360 darjah bertentangan dengan saya.Tiada siapa berhak menghalang individu lain berfikir dan mempunyai pandangan sendiri.



Idea dan pandangan setiap orang adalah berbeza berdasarkan apa maklumat yang mereka ada,dan bagaimana mereka mencerna maklumat yang mereka ada,orang yang matang berfikir akan mematahkan idea pihak lawan dengan idea dia, pandangan vs pandangan , dan kemudian dgn akal yang ada,kita bandingkan kedua dua pandangan dan idea,yang mana lebih baik..Kadang kadang mungkin pandangan kita betul dan pandangan mereka keliru,atau mgkn pandangan kita keliru dan pandangan mereka benar..

Namun demikian,sebagai muslim..kita kena ingat bilamana Allah sebut dalam satu surah (at-tin), Laqod Kholaqnal insana fi ahsani taqwim, Allah ciptakan kamu dengan sebaik kejadian,iaitu sebagaimana yang disebutkan diatas,dgn kurnia akal fikiran,maka jangan kita salah guna akal dan nikmat berfikir yang Allah berikan atau...... Asfala Saafilin, Allah boleh kembalikan darjat kita ke sehina hina kejadian..

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)